doshheaderbm

Slider

Kemahiran, Pengetahuan dan Pengalaman

Menilai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman pekerja

Maklumat ini akan membantu majikan yang mengawal cara kerja pembinaan dijalankan untuk menilai kemahiran, pengetahuan dan pengalaman pekerja.

menghendaki setiap majikan mempunyai kewajipan untuk memastikan pekerjanya telah dilatih sebagaimana yang perlu untuk memastikan pekerjanya menjalankan kerja tanpa risiko keselamatan dan kesihatan kepada dirinya dan orang lain.
 
mencadangkan sesiapa yang melantik pereka bentuk, kontraktor dan pekerja untuk bekerja di sesebuah projek pembinaan untuk memastikan pekerja yang dilantik mempunyai pengetahuan untuk menjalankan kerja dengan cara yang memastikan keselamatan dan kesihatan. 
Pengetahuan asas keselamatan dan kesihatan adalah penting supaya setiap pekerja boleh melindungi keselamatan dan kesihatan diri sendiri dan memahami kesan tindakannya kepada orang lain.

Pengetahuan asas keselamatan dan kesihatan adalah:

  • Boleh mengenal pasti hazard di tapak pembinaan;
  • Pengetahuan berkenaan asas perundangan keselamatan pembinaan;
  • Mengetahui perkiraan dan prosedur keselamatan;
  • Mengetahui perkiraan kecemasan;
  • Boleh mengenal pasti keadaan rosak yang menyebabkan risiko meningkat;
  • Penambahan pengetahuan berkaitan keutamaan risiko di tapak dan langkah kawalan yang diluluskan;
  • Boleh mengambil bahagian sepenuhnya dan berkeyakinan semasa konsultasi tapak;
  • Pengetahuan perundangan tentang PPE, pelaporan dan kewajipan pekerja; dan
  • Pengetahuan yang mencukupi untuk mengarah pelatih tentang sistem kerja selamat.

Pengetahuan umum ini haruslah menjadi asas kepada pengetahuan keselamatan dan kesihatan lain yang lebih mendalam.

Penilaian asas pengetahuan keselamatan dan kesihatan adalah mustahak untuk semua pekerja yang bekerja atau kerap melawat di tapak pembinaan seperti jurutera, arkitek, juruukur, pemeriksa dan agen bagi klien.

Contoh Penilaian Pengetahuan dan Pemahaman Am berkenaan Risiko Umum yang wujud daripada Kerja Pembinaan adalah seperti berikut:

Disediakan oleh:

Ir. Dr. Mohd Fairuz Ab Rahman, Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. & Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
 

Cetak Emel