Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Konvensyen Senjata kimia

Jabatan telah dilantik oleh Kementerian Luar Negeri sebagai salah satu agensi dalam Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (PBK KSK) bagi memenuhi kehendak Konvensyen Senjata Kimia (KSK) serta melaksanakan Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 yang dikawal selia oleh Kementerian Luar Negeri. Jabatan juga bertanggungjawab dalam menangani isu-isu berkaitan dengan pengurusan dan keselamatan bahan kimia termasuk konvensyen-konvensyen kimia. Jabatan memainkan peranan yang penting dalam membantu PBK KSK menguatkuasakan Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 dan Peraturan-Peraturan Konvensyen Senjata Kimia 2007. Jabatan telah diberi tanggungjawab dalam menyediakan prosedur pemeriksaan kebangsaan bagi senjata kimia oleh Inspektor Kebangsaan.

Organisasi Untuk Larangan Senjata Kimia (OPCW)

Ahli Pihak Berkuasa adalah seperti berikut:
  1. Kementerian Luar Negeri sebagai agensi peneraju
  2. Kementerian Pertahanan
  3. Kementerian Keselamatan Dalam Negeri
  4. Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI)
  5. Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI)
  6. Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar
  7. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) (Kementerian Sumber Manusia)
  8. Jabatan Perkhidmatan Farmasi (Kementerian Kesihatan)
  9. Jabatan Kimia
  10. Jabatan Alam Sekitar
  11. Polis Diraja Malaysia
  12. Jabatan Kastam Diraja Malaysia
  13. Lembaga Racun Makhluk Perosak
  14. Institut Penyelidikan Sains dan Teknologi Pertahanan (STRIDE)
Maklumat lanjut:
  1. Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005
  2. Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia

Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia, Kementerian Luar Negeri

Bahan Kimia Terjadual

Jadual di bawah adalah senarai bahan kimia dan prekursornya seperti yang dinyatakan di dalam akta. Bagi tujuan implementasi Konvensyen ini, Jadual-jadual ini membantu untuk mengenalpasti bahan kimia bagi tujuan verifikasi dan pemeriksaan.

Maklumat Lanjut:

    1. Jadual 1
    2. Jadual 2
    3. Jadual 3

Deklarasi

Salah satu obligasi di bawah Konvensyen yang perlu dipenuhi oleh Malaysia adalah menghantar Deklarasi tahunan kepada OPCW. Oleh itu, syarikat yang terlibat di dalam aktiviti yang berkaitan dengan Bahan Kimia Terjadual dan Bahan Kimia Organik Diskrit (BKOD) Tidak Terjadual melebihi kuantiti ambang perlu menghantar deklarasi tahunan kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan. Penghantaran deklarasi tahunan adalah wajib di bawah Akta KSK 2005. Oleh itu, kegagalan untuk berbuat demikian adalah satu kesalahan di bawah Akta tersebut.

Aktiviti-aktiviti berkaitan dengan Bahan Kimia Terjadual yang perlu membuat deklarasi tahunan adalah seperti di bawah:

Aktiviti
Jadual 1
Jadual 2
Jadual 3
BKOD
Penghasilan  black check mark md  black check mark md  black check mark md  black check mark md
Proses  black check mark md  black check mark md  -  -
Penggunaan  black check mark md  black check mark md  -  -
Mendapatkan  black check mark md  -  -  -
Menyimpan  black check mark md  -  -  -
Import/Eksport  black check mark md  black check mark md  black check mark md  -
Pemindahan (Jualan tempatan)  black check mark md  -  -  -

Mana-mana syarikat yang mengendalikan aktiviti yang perlu membuat deklarasi perlu membuat Deklarasi Tahunan bagi Aktiviti Tahun Sebelumnya dan juga Deklarasi Tahunan bagi Aktiviti yang Dirancang pada Tahun Berikutnya kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan.

Mana-mana syarikat yang menghasilkan BKOD dan juga BKOD yang mengandungi unsur Fosforus, Sulfur dan Florin (PSF) juga perlu menghantar Deklarasi Tahunan bagi Aktiviti Tahun Sebelumnya kepada Pihak Berkuasa Kebangsaan. Walau bagaimanapun, deklarasi tidak perlu dilakukan sekiranya campuran bahan kimia adalah sebanyak 30% atau kurang untuk bahan kimia Jadual 2B dan Jadual 3.

Maklumat lanjut berkenaan deklarasi boleh diperolehi daripada Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (03 8000 8000).

Pemeriksaan

Semua deklarasi untuk Aktiviti Tahun Sebelumnya adalah tertakluk kepada Pemeriksaan Antarabangsa yang dihantar oleh Urusetia Teknikal OPCW. Selain itu, tempat kerja tersebut juga tertakluk kepada Pemeriksaan Kebangsaan seperti yang diperuntukkan di bawah Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005.

Tags: Chemical Management, Chemical Weapons Convention

Cetak Emel