doshheaderbm

Slider

Kawalan Bising di Tapak Pembinaan

Pengenalan

1     Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pendedahan Bising) 2019 telah menggantikan Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Pendedahan Bising) 1989 dan mula berkuatkuasa pada 1 Jun 2019. Panduan ini adalah untuk membantu klien (pemunya projek) dan kontraktor prinsipal berkaitan perancangan dan pelaksanaan pematuhan kehendak Peraturan Pendedahan Bising di projek pembinaan mereka. Tataamalan Industri bagi Pengurusan Pendedahan Bising Pekerjaan dan Pemuliharaan Pendengaran 2019 disediakan untuk panduan orang dalam mematuhi kehendak-kehendak peruntukan Peraturan Pendedahan Bising.

2   91% penyakit pekerjaan yang dilaporkan pada tahun 2019 adalah berkaitan dengan pendedahan kepada bising berlebihan semasa bekerja. Peraturan Pendedahan Bising mentafsirkan bising berlebihan sebagai paras pendedahan bising harian melebihi 82 dB(A), dos bising diri harian melebihi lima puluh peratus, paras tekanan bunyi maksimum melebihi 115 dB(A) pada bila-bila masa, atau paras tekanan bunyi puncak melebihi 140 dB(C).

Fasa Perancangan

3   Semasa fasa perancangan projek, klien haruslah mengambil kira keperluan untuk mengawal bising, sama ada di tapak pembinaan atau persekitarannya. Cara kawalan bising yang diperlukan boleh diperincikan dalam spesifikasi klien (lihat Rajah 1) yang disertakan bersama dokumen tender.

Figure1 Client specifies

Rajah 1. Klien menetapkan tujuh elemen kawalan bising semasa fasa perancangan.

4   Perincian ini dapat memastikan langkah kawalan yang sesuai telah dikenal pasti dan sumber bagi menyediakan langkah kawalan ini telah diperuntukkan. Ia juga dapat memberi peluang kepada kontraktor prinsipal untuk merancang bagaimana cara yang sesuai untuk mengawal bahaya bising semasa fasa perancangan.

Figure2 Principal contractor

Rajah 2. Kontraktor prinsipal menyediakan dasar dan pelan kawalan pendedahan bising dalam Pelan Fasa Pembinaan untuk projek.

 5    Pelan kawalan pendedahan bising mungkin mengandungi tindakan yang akan diambil untuk memenuhi hasrat polisi kawalan pendedahan bising dan mengurangkan pendedahan bising. Ia juga mungkin mengandungi maklumat bagaimana kontraktor prinsipal akan memenuhi kehendak perundangan dan kehendak kontrak, seperti dalam Rajah 3.

Figure3 contents of Noise

Rajah 3. Kandungan Pelan Kawalan Pendedahan Bising.

Fasa Pembinaan

6     Kontraktor prinsipal haruslah menyediakan perancangan tapak (Rajah 4) dan menyelaras kerja kontraktor supaya kerja mereka tidak mendedahkan pekerja kepada bahaya bising. Kontraktor prinsipal digalakkan untuk melantik seorang pekerja sebagai penyelia bagi semua kerja yang mempunyai bising berlebihan.

Figure4 kandungan perancangan

Rajah 4. Kandungan perancangan tapak untuk penyelia.

7    Semasa kerja pembinaan berlangsung, pelaksanaan pelan kawalan pendedahan bising haruslah dipantau. Pemantauan ini boleh dibuat secara bersama oleh klien dan kontraktor prinsipal bagi aspek-aspek seperti Rajah 5.

Figure5 aspek pemantauan

Rajah 5. Aspek-aspek pemantauan pelan kawalan pendedahan bising di tapak pembinaan.

8     Panduan ini disediakan oleh Mohd Fairuz Ab Rahman, Elaini Wahab, Mohd Fiqri Mohd Hanafi & Mohamad Syamir Senin. Pertanyaan lanjut berkenaan panduan ini boleh e-mel kepada:  Elaini Wahab (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.), Mohd Fiqri Mohd Hanafi (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) atau Mohamad Syamir Senin (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.).

Cetak Emel