Ujian Hidrostatik Dandang & Pengandung Tekanan
Tujuan
Prosedur ini bertujuan menerangkan permohonan untuk menjalankan ujian hidrostatik atau kendalian yang disaksikan oleh Pegawai JKKP.
Prosedur
- Dandang stim atau pengandung tekanan yang akan diuji telah mendapat kelulusan rekabentuk (jentera baru) atau kelulusan membaikpulih (jentera berdaftar).
- Kemukakan surat permohonan untuk menjalankan ujian ke atas jentera kepada Pejabat JKKP negeri di mana ujian akan dilakukan.
- Hubungi Pejabat JKKP untuk menetapkan tarikh ujian tidak lewat satu minggu dari tarikh ujian.
- Kemukakan maklumat jentera seperti salinan surat kelulusan, laporan data pembuat, rekod pengimpal dan sebagainya yang berkaitan kepada Pegawai JKKP sebelum ujian dilakukan.
Carta Alir
Dapatkan surat kelulusan:
i. Rekabentuk, atau
ii. Kelulusan Baik Pulih

Hantar surat permohonan kepada Pejabat JKKP

Hubungi Pejabat JKKP untuk penetapan tarikh ujian

Kemukakan maklumat berkaitan kepada Pegawai JKKP