Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Bejana Tekanan

  • Pengenalan Kepada Bejana Tekanan

    Dibawah Akta Kilang dan Jentera, 1967, setiap bejana tekanan yang hendak digunakan perlulah mempunyai Sijil Perakuan Kelayakan (CF) yang sah sebelum dibenarkan untuk beroperasi. Bagi tujuan tersebut, bejana tekanan tersebut perlulah terlebih dahulu memperolehi kelulusan rekabentuk daripada Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), Ibupejabat sebelum ia dibina, dipasang, atau digunakan.

    Permohonan bagi kelulusan rekabentuk bolehlah dibuat oleh syarikat pembuat, pemasang, pembekal atau pemilik bejana tekanan berkenaan. Bagi pembuat bejana tekanan tempatan, syarikat tersebut perlulah berdaftar sebagai pembuat dengan Jabatan.

    Berikut adalah beberapa contoh bejana tekanan yang perlu mendapat kelulusan rekabentuk:
    • Bekas udara
    • Penyucihama
    • Tangki simpanan LPG
    • Penukar haba
    • Pengandung tekanan di loji petro kimia, dsb.
  • Sebarang pertanyaan lain, boleh menghubungi Pegawai Bertugas.

    Unit Pengandung Tekanan Tak Berapi,
    Bahagian Keselamatan Industri,
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan,
    Aras 3, Blok D4, Kompleks D,
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62530 Putrajaya

    Tel: 603-8886 5342
    Fax: 603-8889 2349

Cetak Emel