Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Pembagasan Pasir

  • Pendahuluan 
    Peraturan 5, Peraturan-Peraturan Kilang dan Jentera (Habuk Galian) 1989, memperuntukkan bahawa Proses Pembagasan Pasir tidak boleh digunakan di dalam mana-mana kilang kecuali mendapat kebenaran bertulis terlebih dahulu daripada Ketua Pemeriksa
    Pembagasan Pasir” ditafsirkan sebagai pembersihan, pelicinan, pengasaran, pemotongan, penyediaan atau pembuangan permukaan atau sebahagian daripada permukaan mana-mana bangunan, kapal atau barang dengan menggunakan pasir atau bahan-bahan lain yang mengandungi silika berhablur yang digerakkan oleh bagas udara mampat atau wap atau suatu roda atau apa-apa cara yang seumpamanya.
    Silika Berhablur” merujuk kepada bentuk hablur bagi silika bebas yang meliputi kuarza, kritobolit dan tridimit.
    Silika Bebas” merujuk kepada silica dioksida yang tidak digabungkan dengan apa-apa elemen atau sebatian lain.
  • Cara-Cara Membuat Permohonan
    Semua permohonan hendaklah dibuat di atas talian
    http://mykkp.dosh.gov.my/ > log Masuk ke MySKUD >  Kelulusan, Pembaharuan & Pengecualian Proses Pembagasan Pasir

    Proses Kelulusan 
    Permohonan akan diproses dalam tempoh 30 hari bekerja
  • Sebarang Pertanyaan
    Sila hubungi :-
    Unit Kelulusan dan Pemantauan Kawalan Hazad,
    Bahagian Higien Industri & Ergonomik,
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), 
    Aras 4, Blok D4, Kompleks D, 
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 
    62530 Putrajaya.
    Tel : 03 – 8886 5000 / 8886 5334
    Fax : 03 – 8890 1315

Cetak Emel