Breadcumb Caption
  • MENGENAI JKKP
  • Bahagian, JKKP Negeri & Cawangan
Breadcumb Caption
  • MENGENAI JKKP
  • Bahagian, JKKP Negeri & Cawangan

Bahagian Khidmat Pengurusan

Carta Organisasi

Objektif

"Memberi khidmat sokongan kepada semua anggota jabatan dalam aspek pengurusan pentadbiran am, pengurusan sumber manusia, pengurusan kewangan, pengurusan teknologi maklumat, pembangunan modal insan dan pusat sumber dengan cekap dan berkesan."

SEKSYEN PENTADBIRAN DAN KEWANGAN

Seksyen Pentadbiran dan Kewangan bertanggungjawab ke atas pengurusan pentadbiran dan Kewangan untuk mencapai objektif bagi meningkatkan kecemerlangan Jabatan. Seksyen ini terbahagi kepada 4 unit iaitu:

A. UNIT PENTADBIRAN 1

  • Menguruskan hal ehwal pentadbiran am, pengurusan telefon, kenderaan, kawalan keselamatan, penyelenggaraan dan kebersihan bangunan.
  • Urusetia ISO, Urusetia Mesyuarat Pengarah-Pengarah JKKP, Urusetia Naziran Khidmat Pengurusan.

B.
UNIT PENTADBIRAN 2
  • Menguruskan bekalan pejabat, aset dan setor, ruang pejabat, pengurusan fail, dan pengurusan surat/dokumen.
  • Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Aset Kerajaan (JKPAK), Urusetia Mesyuarat Bersama Jabatan, Urusetia Laporan Tahunan Jabatan.

C. UNIT KEWANGAN
  • Membantu melaksanakan pengurusan kewangan (urusan perolehan dan belanjawan) bagi Peruntukan Mengurus dan Peruntukan Pembangunan Jabatan agar urusan berkaitan dilaksanakan selaras dengan arahan dan pekeliling semasa yang berkuatkuasa serta diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
     
  • Urusetia Jawatankuasa Pengurusan Kewangan dan Akaun (JPKA).

D. PERPUSTAKAAN
  • Menguruskan proses perolehan, langganan, pemprosesan, pengkatalogan, penjilidan, pemuliharaan dan pelupusan bahan bacaan perpustakaan.
     
  • Menjalankan kerja-kerja mengindeks artikel terbitan bersiri terpilih yang dilanggan.
 
 
 
 

SEKSYEN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA

Seksyen Pengurusan Sumber Manusia bertanggungjawab ke atas perancangan dan pelaksanaan pengurusan sumber manusia untuk mencapai objektif bagi meningkatkan kecemerlangan Jabatan.Seksyen ini terbahagi kepada 2 unit iaitu:

A. PENGURUSAN PRESTASI DAN TATATERTIB

  • Merancang dan melaksana urusan berkaitan pemangkuan, kenaikan pangkat.
  • Menguruskan urusan cadangan anugerah pingat dan bintang pegawai di JKKP Malaysia.
  • Merancang dan menguruskan semua urusan tatatertib jabatan.
  • Urusetia Panel Pembangunan Sumber Manusia (bagi Anugerah Perkhidmatan Cemerlang dan Pergerakan Gaji), Urusetia Perisytiharan Harta, Urusetia Jawatankuasa Keutuhan Tadbir Urus (JKTU) jabatan, Urusetia Jawatankuasa Audit Nilai jabatan.

B.
UNIT PERKHIDMATAN DAN PEMBANGUNAN ORGANISASI DAN HRMIS

  • Menguruskan hal yang berkaitan dengan perkhidmatan, saraan dan persaraan pegawai dan kakitangan jabatan serta pengemaskinian maklumat HRMIS.
  • Menyelaras dan mengemaskini laporan, senarai perjawatan keseluruhan jabatan serta carta organisasi dari semasa ke semasa.
  • Menjalankan kajian penstrukturan semula organisasi, kajian pengukuhan perjawatan,kajian skim dan naziran perjawatan.
  • Urusetia Mesyuarat Rayuan Pertukaran Penempatan, Urusetia Mesyuarat Penempatan, Urusetia Kajian Pembangunan Organisasi, Urusetia Pasukan Teras, Pasukan Jaguh, Jawatankuasa Pemandu dan Jawatankuasa Pelaksanaan di jabatan, Urusetia Kajian Skim Perkhidmatan.
 
 
 
 

SEKSYEN TEKNOLOGI MAKLUMAT

Seksyen Teknologi Maklumat memberi perkhidmatan dan sokongan pengkomputeran untuk mempertingkatkan keberkesanan penggunaan teknologi selaras dengan keperluan jabatan.Seksyen ini terbahagi kepada 3 unit iaitu:

A. UNIT OPERASI DAN SENGGARAAN
  • Mengurus dan mengawal penyelenggaraan perkakasan dan sistem rangkaian
  • Mengurus dan mengawal perolehan perkakasan ICT JKKP Ibu Pejabat dan Pejabat Negeri
  • Mengurus dan mengawal pelupusan perkakasan ICT JKKP Ibu Pejabat dan Pejabat Negeri

B.
UNIT PEMBANGUNAN APLIKASI
  • Merancang, mengurus dan membangunkan sistem aplikasi bagi JKKP samada secara dalaman atau sumber luar bagi sistem yang kompleks, besar atau kecil dalam menentukan analisis keperluan pengguna.
  • Merancang, mengurus, menyelaras dan membangunkan sebarang bentuk pemprograman, pengujian, latihan dan roll out bagi sistem yang lebih kompleks, besar dan kecil yang dibangunkan secara dalaman atau sumber luar yang digunapakai oleh JKKP Ibu Pejabat dan JKKP Negeri
  • Merancang, mengurus, menyelaras dan melaksanakan latihan sistem aplikasi kepada pengguna di Ibu Pejabat JKKP dan Negeri

C.
UNIT PORTAL DAN PENGURUSAN DATA
  • Merancang, mengurus dan membangunkan laman web JKKP samada secara dalaman atau sumber luar melalui analisa keperluan.
  • Merancang, mengurus dan menyelaras reka bentuk laman web mengikut hasil analisis keperluan yang dibangunkan secara dalaman atau sumber luar.
  • Mengemaskini kandungan laman web mengikut keperluan Jabatan dari semasa ke semasa.
  • Menjalankan penyelenggaraan sistem pentadbiran laman web seperti intranet dan direktori.
  • Merancang dan mengurus sebarang bentuk persembahan multimedia JKKP Ibu Pejabat dengan merekabentuk dan membangunkan multimedia yang telah ditentukan secara dalaman atau sumber luar.
  • Mengurus dan menyelaras sebuah sistem dikenali Sistem Kawal Urus Dokumen (MySKUD)
 
 
 
 

SEKSYEN PEMBANGUNAN MODAL INSAN

  • Bertanggungjawab untuk merancang dan melaksanakan program latihan untuk mempertingkatkan kecemerlangan ilmu, kemahiran, sikap, nilai dan amalan positif di kalangan pegawai dan anggota jabatan di dalam aspek keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan pembangunan insan seterusnya menjamin proses pembelajaran berterusan demi kemajuan kerjaya pegawai dan anggota jabatan.
  • Bertanggungjawab terhadap perancangan penyelarasan, pelaksanaan dan pemantauan kursus dan latihan dalam dan luar negeri bagi pegawai dan kakitangan jabatan.

 

Cetak Emel