doshheaderbm

Slider

Pendaftaran Kilang

  • Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap orang yang ingin menduduki atau menggunakan mana-mana premis sebagai kilang dalam masa 3 bulan dari tarikh pengoperasian tersebut hendaklah mengemukakan permohonan dan butiran-butiran permohonan bagi tujuan pendaftaran kilang kepada Ketua Pemeriksa sebagaimana yang dinyatakan di dalam Seksyen 34, Akta Kilang Dan Jentera 1967. Manakala butiran lanjut permohonan hendaklah dalam masa 6 bulan dikemukakan apabila diminta untuk berbuat demikian. Pemasangan Jentera pada premis yang dimohon tidak boleh dilaksanakan sehinggalah kebenaran bertulis (Kebenaran Untuk Memasang atau PTI) diperolehi daripada Pemeriksa.

    SOALAN LAZIM

     PERTANYAAN LANJUT
    Sila berhubung dengan pejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri berkaitan permohonan.  JKKP Staff Direktori 

     

    • Permohonan bagi pendaftaran kilang dan jentera berperakuan adalah secara atas talian (online) melalui mykkp di pautan http://mykkp.dosh.gov.my
    • Panduan Pendaftaran boleh di muat turun di sini.
    • Semua caj pemeriksaan berkanun adalah berdasarkan kepada kadar caj yang telah ditetapkan mengikut kadar baru seperti di dalam Peraturan-Peraturan (Pemberitahuan, Perakuan Kelayakan Dan Pemeriksaan) Kilang Dan Jentera (Pindaan) 2004
  • 1. Butir-butir mengenai kilang.
    2. Maklumat Sektor
    3. Maklumat Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan. Buat carian Orang Yang Kompeten Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan (OYKSHO) ,jika ada.
    4. Senarai jentera.
    5. Paparan maklumat JKJ 101.
    6. Maklumat jenis kerja dicadangkan akan dijalankan di dalam kilang.
    7. Maklumat kebenaran daripada pihak-pihak berkuasa Kerajaan atau Jabatan Kerajaan yang lain berkenaan permit-permit, lesen-lesen, perakuan-perakuan, pendaftaran dan lain-lain
    8. Dokumen WAJIB dikemukakan:
    I. Pelan kedudukan tempat kerja dan lokasi tempat kerja.
    II. Pelan susunatur jentera menunjukkan
    a. Jarak mesin ke mesin dan;
    b. Mesin ke dinding dan;
    c. Pelan keluasan mengikut dimensi pagar ke pagar termasuk tingkat atas dan tingkat bawah dan;
    d. Pelan pandangan sisi bangunan menunjukkan ketinggian lantai ke siling atau lowest beam dan;
    e. Rajah perjalanan proses (carta alir kerja).
    9. Dokumen sokongan tambahan:
    a. Surat dari pihak berkuasa tempatan mengenai tapak kilang, bangunan dan lesen perniagaan
    b. Surat jabatan BOMBA
    c. Lain-lain dokumen sokongan

Cetak Emel