Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Pendaftaran Tapak Bina

  • Adalah menjadi kewajipan mana-mana orang yang menjalankan apa-apa kerja pengendalian bangunan atau kerja binaan kejuruteraan untuk memaklumkan secara bertulis kepada Pemeriksa sebagaimana yang dinyatakan di dalam Seksyen 35, Akta Kilang Dan Jentera 1967. Pemakluman tersebut hendaklah dibuat melalui pendaftaran tapak bina menerusi Seksyen Tapak Bina Kerja Bina, Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negeri dalam tempoh tidak lewat dari 7 hari dari bermulanya pengendalian tersebut .Pemakluman atau pendaftaran ini tidak terpakai bagi :

    1. Pengendalian bangunan atau kerja binaan kejuruteraan di mana aktiviti kerjanya tidak melibatkan jentera dan dipercayai boleh disiapkan dalam tempoh kurang 6 minggu, dan
    2. Aktiviti kerja tersebut terdapat di dalam pengendalian bangunan atau kerja binaan kejuruteraan yang telah diperolehi kebenaran bertulis daripada Pemeriksa.

    SOALAN LAZIM

    PERTANYAAN LANJUT
    Sila berhubung dengan pejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri berkaitan permohonan.  JKKP Staff Direktori 

     

    • Permohonan bagi pendaftaran kilang dan jentera berperakuan adalah secara atas talian (online) melalui mykkp di pautan http://mykkp.dosh.gov.my
    • Log Masuk (ID dan kata laluan) > Kilang Dan Jentera > Tempat Kerja/Kilang > Notifikasi Kerja Bina
    • Rujukan juga boleh dibuat di laman sesawang MyKKP, dengan mengklik klik pada tab PANDUAN > KILANG DAN JENTERA > TEMPAT KERJA KILANG > NOTIFIKASI KERJA BINA atau muat turun Panduan Pendaftaran boleh di sini.
  • 1. Maklumat Lengkap Nama Kontraktor/Pembina
    2. Maklumat Projek
    3. Maklumat Pekerja/Pegawai Projek:
    I. Pegawai Keselamatan Dan Kesihatan (SHO) Bagi Kos Projek 20 Juta Atau Lebih (≥20Juta)
    II. Penyelia Keselamatan Tapak Bina (SSS) Wajib Bagi Setiap Tapak Bina
    4. Maklumat Bilangan Pekerja Tapak Bina
    5. Maklumat Sub-Kontraktor
    6. Maklumat Arkitek Dan Perunding
    7. Maklumat Orang Yang Bertanggungjawab (OYB)
    8. Dokumen WAJIB:
    I. Surat Permohonan Syarikat Yang Memohon (Kontraktor Utama) ke JKKP
    II. “Letter Of Award” (LOA) Bagi Projek Yang Ingin Dibina
    III. Perihal Jadual Kerja Binaan Yang Menunjukkan Dengan Jelas Arah Tuju Ke Lokasi Tapak Bina
    IV. Dasar Keselamatan Dan Kesihatan Syarikat Yang Bertarikh Dan Ditandatangani
    9. Dokumen Sokongan Tambahan:
    I. Surat kelulusan PBT/kebenaran merancang
    10. Lain-lain dokumen sokongan Membuat Perakuan

Cetak Emel