• Bahagian Pengurusan Kimia
Slider

Bahagian Pengurusan Kimia

Carta Organisasi

Pengenalan

Bahagian Pengurusan Kimia memainkan peranan yang penting dalam menangani isu-isu pengurusan kimia yang semakin meningkat dewasa ini. Hal ini termasuklah penaksiran risiko kesihatan kimia, penetapan standard pendedahan, pengelasan bahan kimia, komunikasi hazard dan, konvensyen-konvensyen antarabangsa tentang pengurusan, keselamatan dan kesihatan yang berkaitan dengan bahan kimia. Hal ini termasuk juga promosi pengurusan bahan kimia kepada agensi-agensi kerajaan, pihak-pihak industri dan badan-badan yang berkaitan. Perkara ini tidak terhad kepada aktiviti-aktiviti dalam negara sahaja.

Malaysia dalam proses melaksanakan Sistem Terharmoni Global (GHS) selaras dengan kenyataan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dalam Persidangan APEC pada Oktober 2002:

......”encouraged APEC members to work towards implementing the GHS on hazard classification and labelling of chemicals and safety data sheets by 2006, including through capacity building”.

Kenyataan MITI ini telah membuka satu lembaran baru dalam proses pengurusan bahan kimia dan komunikasi hazard di Malaysia. Bahagian Pengurusan Kimia menjadi tumpuan utama bagi perlaksanaan GHS di sektor tempat kerja.

Jabatan telah dilantik oleh Kementerian Luar sebagai salah satu agensi dalam Pihak Berkuasa Kebangsaan Konvensyen Senjata Kimia (PBK KSK) bagi memenuhi kehendak Konvensyen Senjata Kimia (KSK) serta melaksanakan Akta Konvensyen Senjata Kimia 2005 yang dikawal selia oleh Kementerian Luar. Jabatan juga bertanggungjawab dalam menangani isu-isu berkaitan dengan pengurusan dan keselamatan bahan kimia termasuk konvensyen-konvensyen kimia.  

Objektif

Mewujudkan amalan sistem pengurusan dan keselamatan bahan kimia yang baik bagi mencegah kemalangan dan penyakit pekerjaan di tempat kerja."

SEKSYEN TOKSIKOLOGI DAN PENAKSIRAN RISIKO KIMIA

  1. Bertindak sebagai penyelaras dan pakar rujuk dalam pelaksanaan Assessment of The Health Risks Arising From the Use of Chemicals Hazardous to Health at the Workplace 3rd Edition (CHRA 3rd Edition).
  2. Memantau dan meluluskan kaedah alternatif bagi penaksiran risiko bahan kimia terhadap kesihatan (CHRA)
  3. Memproses permohonan and kelulusan penaksiran risiko bahan kimia terhadap kesihatan generik (generic CHRA)
  4. Bertindak sebagai penyelaras dan pakar rujuk dalam melaksanakan Simple Risk Assessment and Control for Chemical (SiRAC) Manual. 
  5. Mengurus pembangunan sistem atas talian Simple Risk Assessment and Control for Chemical (SiRAC). 
  6. Memproses permohonan pendaftaran baharu (dan pembaharuan) Pengapit (CHRA Assessor), dan pemantauan Pengapit sedia ada.
  7. Memproses permohonan pendaftaran baharu (dan pembaharuan) pusat latihan dan pelatih Pengapit (CHRA Assessor), dan pemantauan pusat latihan sedia ada.
  8. Menjalankan latihan dalaman pegawai Jabatan untuk penaksiran risiko bahan kimia terhadap kesihatan (CHRA)
  9. Mengurus dan menjalankan penaksiran risiko bahan kimia
  10. Merancang dan menyelaras penguatkuasaan strategik bagi CLASS Regulation 2013  
  11. Memantau terhadap pematuhan industri ke atas CLASS Regulation 2013 
  12. Untuk menilai semula Chemical Inventory yang dihantar oleh pihak industri. 
  13. Bertindak sebagai pentadbir sistem bagi Chemical Information Management System (CIMS) dan menguruskan senggaraan sistem.
  14. Menyelaras pelaksanaan polisi “No CLASS No Entry”. 
  15. Memproses permohonan pendaftaran pusat pengajar CLASS Regulations dan pelatih, serta memantau pendaftaran sedia ada.
  16. Menilai semula pengkelasan bahan kimia berbahaya berdasarkan Industry Code of Practice on Chemicals Classification and Hazard Communication (Amendment) 2019:Part 1

SEKSYEN KONVENSYEN DAN PENYELARASAN KIMIA KEBANGSAAN

  1. Menyelaras penguatkuasaan terhadap USECHH Regulations 2000. 
  2. Mengurus dan menjalankan audit Kualiti Udara Dalaman.
  3. Memproses permohonan pendaftaran Juruteknik Higien 1 (HT1)/Pengapit Kualit Udara Dalaman (IAQ), dan pemantauan pendaftaran sedia ada.
  4. Memproses permohonan pendaftaran pusat pengajar Juruteknik Higien 1 (HT1)/Pengapit Kualit Udara Dalaman (IAQ), dan pemantauan pendaftaran sedia ada.
  5. Mengurus peralatan teknikal pemonitoran bahan kimia Jabatan. 
  6. Menilai dan memproses permohonan pemeriksaan dan pembuangan asbestos.
  7. Menjalankan siasatan terhadap aduan berkaitan bahan kimia.
  8. Penyelaras bagi SOHELP Convention. 
  9. Menjalankan penguatkuasaan Chemical Weapon Convention. 
  10. Memantau dan menyelaras pelaksanaan Prior Informed Consent (PIC) di bawah Rotterdam Convention 
  11. Memantau dan menyelaras pelaksanaan Minamata Convention.
  12. Memantau dan menyelaras pelaksanaan Stockholm Convention.
  13. Pusat rujukan bagi pemetaan data bahan kimia dan serahan data daripada Pejabat Negeri.
  14. Membantu dalam pengurusan peralatan teknikal khusus yang kompleks – FTIR dan GCMS.
  15. Mengurus prosedur dan dokumentasi pegawai yang menyertai program pengurusan bahan kimia di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
  16. Memproses permohonan pendaftaran pusat pengajar SOHELP dan pelatih, dan memantau pendaftaran pusat pengajar sedia ada.

Cetak Emel