Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Lif, Eskalator dan Dumbwaiter

  • Panduan Bagi Mendapatkan Kelulusan Rekabentuk dan Pemasangan Lif, Eskalator dan Dumbwaiter (di bawah Peraturan-peraturan Lif Letrik (Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera, 1970)

    Pengenalan
    Pemasangan Lif Letrik Penumpang, Eskalator dan Dumbwaiter hendaklah mendapat kelulusan rekabentuk jentera dari Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Bahagian Keselamatan Industri, Ibupejabat.
     
    Peraturan-Peraturan Yang Diperuntukkan
    Syarikat pemasang lif dikehendaki mendapat kelulusan dari Jabatan ini bagi setiap pemasangan lif seperti yang diperuntukkan di dalam Akta Kilang dan Jentera, 1967, di bawah Peraturan-peraturan Lif Letrik (Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera, 1970.

    Tujuan
    Risalah ini dikeluarkan bagi menunjuk arah kepada pemohon untuk mengetahui tatacara kelulusan pemasangan lif dikeluarkan supaya pemasangan lif tersebut adalah selamat kepada pengguna. Jabatan ini memastikan supaya rekabentuk dan pemasangan lif ini mematuhi kehendak-kehendak Peraturan-peraturan Lif Letrik (Penumpang dan Barang-barang) Kilang dan Jentera, 1970.
  • Syarat-Syarat Permohonan
    Pemohon yang hendak mendapatkan kelulusan rekabentuk dan pemasangan lif hendaklah mempunyai kelayakan seperti berikut :-
       
    »     Berdaftar dengan jabatan ini sebagai Syarikat Memasang dan Menyelenggara Lif, Eskalator dan Dumbwaiter.
    »     Mempunyai sekurang-kurangnya satu (1) Orang-orang Kompeten yang masih aktif dengan syarikat tersebut dan diiktiraf oleh jabatan ini.
  • Bagi tujuan mendapat kelulusan pemasangan lif, pemunya atau syarikat pemasang lif hendaklah mengemukakan kepada Ketua Pemeriksa Kilang dan Jentera, dua (2) salinan dokumen-dokumen yang berikut:-

    »   Data-data terperinci dan ukuran-ukuran lif seperti yang dikehendaki di Jadual Pertama dalam Akta ini.
    »   Lukisan pelan yang lengkap dan menunjukkan butir-butir dan saiz siap yang berikut :-
    1. Saiz dan kedudukan lubang lif
    2. Butir-butir mengenai litup lubang lif
    3. Saiz, kedudukan, bilangan dan jenis pintu lataran
    4. Saiz dan kedudukan bilik jentera berkaitan dengan lubang lif
    5. Peruntukan laluan ke bilik jentera
    6. Peruntukan bagi gantian udara dan jika boleh, cahaya semulajadi bilik jentera
    7. Bilangan tingkat yang dilayan oleh lif
    8. Tinggi antara setiap tingkat lataran
    9. Bilangan pintu masuk
    10. Jumlah ruang atas
    11. Ketinggian bilik jentera
    12. Kedalaman lubang pit
    »  Sijil-sijil atau perakuan yang dikeluarkan oleh pembuat lif berkenaan:-
    1. Perakuan menyatakan bahawa lif itu telah direkabentuk dan dibina menurut peraturan-peraturan ini setakat mana peruntukan-peruntukan ini dipakai baginya. 
    2. Perakuan menyatakan bahawa rekabentuk giar keselamatan dan rekabentuk penampan jenis minyak telah berjaya dalam ujian-ujian, termasuk ujian laju lampau di bawah beban kontrak penuh.
    3. Perakuan menyatakan bahawa tebatan bagi bahagian-bahagian letrik semua pengawal pesawat mengunci pintu lataran, pesawat merentikan kereta lif pada hujung perjalanan, suis get, suis-suis pintu kereta lif, dan pesawat kendalian yang lain dan yang seumpamanya telah berjaya dalam ujian, dengan menggunakan voltan arus ulang alik sama dengan sepuluh kali voltan kerja, dengan voltan maksima dua ribu voltan selama tidak kurang daripada satu minit apabila dikenakan :-Perakuan menyatakan garis pusat, binaan, mutu dan kekekuatan tensil tali-tali pengantung.
      1. Di antara bahagian hidup dengan kotak-kotak atau rangka bina dengan semua litar-litar tertutup
      2. Di antara terminal-terminal utama atau bahagian-bahagian yang bersamaan dengan semua litar terbuka
      3. Di antara mana-mana bahagian litar hidup atau litar-litar berasinganiv Perakuan menyatakan garis pusat, binaan, mutu dan kekekuatan tensil tali-tali pengantung.
    4. Perakuan menyatakan garis pusat, binaan, mutu dan kekekuatan tensil tali-tali pengantung.

Cetak Emel