Breadcumb Caption
  • Pejabat Negeri / Cawangan
Breadcumb Caption
  • Pejabat Negeri / Cawangan

Pejabat Negeri / Cawangan

Carta Organisasi

Objektif

i.Menguatkuasakan Undang-Undang Berikut: 
 
 a. Akta Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan 1994 Dan Peraturan-Peraturan Di Bawahnya
 b. Akta Kilang Dan Jentera 1967 Dan Peraturan-Peraturan Di Bawahnya.
 c. Sebahagian Daripada Akta Petroleum (Langkah-Langkah Keselamatan) 1984 Dan Peraturan-Peraturan Di Bawahnya.

ii.Menjalankan Kajian Dan Analisa Teknikal Keatas Isu-Isu Keselamatan / Perkerjaan Yang Wujud Di Tempat-Tempat Kerja.

iii.Menjalankan Program-Program Galakan Dan Publisiti Kepada Majikan, Perkerja Dan Orang Awam Untuk Memupuk Dan Meningkatkan Kesedaran mereka terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.

iv.Memberi Khidmat Nasihat Dan Maklumat Kepada Agensi-AgensiKerajaan Dan Swasta berkaitan Aspek-Aspek  Pengurusan Dan Teknikal Yang Berhubungkait Dengan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan.
 
 
 
 

SEKSYEN PENGUATKUASAAN

  • Menguatkuasakan Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 dan Peraturan dibawahnya.
  • Menjalankan audit sistem pengurusan KKP.
  • Mengurus, menyelaras hal ehwal aktiviti pengauditan KKP ke atas sektor:
         
  1.   Pengilangan
          2.   Perlombongan dan Kuari
          3.   Pembinaan
          4.   Perhotelan dan Restoran
          5.   Pertanian, Perhutanan dan Perikanan
          6.   Pengangkutan, Penyimpanan dan Komunikasi
          7.   Perkhidmatan Awam dan Pihak Berkuasa Tempatan
          8.   Kemudahan – Gas, Elektrik, Air dan Perkhidmatan Pembersihan
          9.   Kewangan, Insuran, Hartanah dan Perkhidmatan Perniagaan
          10.  Perdagangan Borong & Runcit

  • Mengambil tindakan punitif.
  • Memberi khidmat sokongan teknikal dalam keselamatan dan kesihatan kepada sektor berkenaan.
  • Menyediakan Laporan Bulanan hasil audit dan keberkesanan kepada KKP untuk dihantar ke Ibu Pejabat.
 
 
 
 

SEKSYEN PEMERIKSAAN STATUTORI

  • Menjalankan pemeriksaan statutori ke atas:
          1.      Dandang
          2.      Pengandung Tekanan Tak Berapi
          3.      Mesin Angkat
          4.      Lif Penumpang dan Barang
          5.      Kilang dan Pepasangannya
  • Mengurus, menyelaras hal ehwal pemeriksaan statutori berkaitan ke atas perkara di atas.
 
 
 
 

SEKSYEN HIGIEN INDUSTRI

  • Menjalankan penguatkuasaan/ pemeriksaan ergonomik secara umum dan pemeriksaan spesifik seperti ‘standing at work’, ‘sitting at work’, ‘visual display unit’, ‘manual handling’, ‘control and display’ dan ‘hand tools’.
  • Menjalankan audit mengenai ergonomik ke atas tempat kerja.
  • Menjalankan pemantauan pematuhan dan tindakan susulan.
  • Pengisian dan pengurusan pangkalan data penguatkuasaan / pemeriksaan ergonomik.
  • Memberikan khidmat nasihat dan kepakaran kepada pihak industri dan pihak awam.
  • Menjalankan penguatkuasaan Peraturan bising (noise).
  • Menjalankan pemeriksaan bahaya fizikal yang lain seperti getaran, pencahayaan, thermal stress, EMF, ioningradiation dan non-ioningradiation.
  • Menjalankan pemonitoran / pengukuran di tempat kerja.
  • Menjalankan penguatkuasaan komponen keselamatan kimia dan biologikal pekerjaan dalam:
    • Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, 1994
    • Akta Kilang dan Jentera, 1967
  • Menjalankan program penilaian risiko biologikal pekerjaan dan program pemonitoran.
  • Membuat kerja pengesanan masalah saikososial pekerjaan.
 
 
 
 

SEKSYEN INDUSTRI KECIL DAN SEDERHANA

  • Menguatkuasakan peraturan KKP terutama polisi dan jawatankuasa keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
  • Menjalankan kerjasama dengan agensi kerajaan/NGO setempat berkaitan KKP.
  • Melaksanakan program ’partnership’ seperti ’workplace improvement for small enterprise’ (WISE) program.
  • Menjalankan latihan/bengkel berkaitan KKP seperti undang-undang dan pencegahan kemalangan.
  • Memberikan khidmat bimbingan KKP.
  • Mengadakan program galakan KKP seperti penubuhan persatuan, program ’Dandellion’, ’mentor dan mentee’.
  • Membantu ibupejabat menjalankan kajian-kajian KKP di sektor SMI.
 
 
 
 

SEKSYEN KERJABINA

  • Mendaftar tapak bina.
  • Menjalankan pemeriksaan di tapak bina.
  • Menjalankan audit sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak bina.
  • Menyemak dan menilai dokumen teknikal tapak bina.
  • Memberi khidmat sokongan teknikal.
  • Mengambil tindakan punitif.
  • Memantau OYK/OYB tapak bina.
 
 
 
 

SEKSYEN KESIHATAN PEKERJAAN

  • Menjalankan siasatan bagi kes penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan yang dilaporkan oleh pegawai penyiasatan dan majikan.
  • Membuat siasatan bagi kes aduan yang berkaitan penyakit pekerjaan dan keracunan pekerjaan.
  • Menjalankan ujian audiometrik bagi tujuan khas.
  • Memantau tahap perlaksanaan kerja-kerja pengawasan kesihatan dan perubatan yang dilakukan oleh doktor kesihatan pekerjaan yang diiktirafkan oleh Jabatan.
  • Menjalankan pemantauan biologikal dan kesan biologikal ke atas para pekerja yang terdedah kepada bahan kimia bahaya.
  • Memantau prestasi juruteknik yang menjalankan ujian audiometrik.
 
 
 
 

SEKSYEN ANALISIS & PROSESAN

  • Melakukan kerja-kerja analisis ke atas data dan maklumat KKP seperti data-data kemalangan dan penyakit pekerjaan.
  • Menyediakan maklumat dan laporan analisis data KKP.
  • Mewujudkan kaedah secara holistik bagi mengurangkan kadar kemalangan pekerjaan, penyakit pekerjaan dan lain-lain.
  • Menyalurkan laporan analisis “trend” kemalangan dan penyakit pekerjaan yang kerap berlaku di tempat kerja ke Bahagian Dasar dan Penyelidikan, Ibu Pejabat JKKP.
  • Menghalusi data-data berasas maklumat KKP tempatan yang boleh digunakan untuk membantu menentukan arah tuju dasar jabatan dan dasar KKP negara.
  • Menyediakan maklumat bagi kegunaan untuk penyediaan  garispanduan-garispanduan untuk mencegah risiko kemalangan dan penyakit perusahaan  di tempat kerja..
  • Menyemak, menilai dan memberi kelulusan permohonan pendaftaran kilang.
  • Menyemak, menilai dan memberi kelulusan  permohonan pendaftran jentera baru yang diterima untuk pendaftaran.
  • Menjalankan pemeriksaan awal dan pertama ke atas kilang dan pepasangan besar
  • Mengurus, menyelaras hal ehwal pemeriksaan ke atas kilang dan pepasangannya.
  • Menjalankan ujian beban dan pemeriksaan pertama keatas lif penumpang.
  • Menjalankan ujian haidrostatik (HT) dan ujian stim keatas dandang.
  • Menjalankan ujian hidrostatik (HT) keatas pengadung tekanan tak berapi.
  • Menyemak, Menilai permohonan, memberi pengiktirafan  ke atas Drebar Dandang Stim, Enjin Pembakaran Dalam, Operator Kren dan Pengendali Perancah.
  • Mengeluarkan sijil perakuan kelayakan ke atas jentera  baru yang telah diperiksa dan didapati memuaskan.
 
 
 
 

SEKSYEN SIASATAN DAKWAAN

  • Menjalankan siasatan dan menyediakan laporan serta kertas siasatan keatas  kes-kes:
    • aduan dari orang ramai;
    • kemalangan hilang upaya kekal yang tidak diniatkan untuk pendakwaan dan untuk tujuan pendakwaan; dan
    • kemalangan maut dan menyediakan laporan serta kertas siasatan untuk tujuan pendakwaan.
  • Menjalankan siasatan ke atas kes-kes perlanggaran undang-undang dan menyediakan laporan serta kertas siasatan untuk tujuan pendakwaan di Mahkamah.
  • Menjalankan siasatan ke atas kes-kes akaun belum terima untuk tujuan tuntutan sivil oleh Penasihat Undang-Undang JKKP.
  • Mengendali dan menyimpan eksibit dengan cara yang sistematik dan teratur dan menepati kehendak perundangan.
  • Menyimpan semua rekod-rekod kes perbicaraan telah selesai.
  • Meneliti dan menyemak kertas siasatan bagi memastikan sama ada siasatan telah lengkap atau sebaliknya.
  • Membuat persediaan dan kajian yang rapi dan terperinci untuk tujuan pendakwaan di Mahkamah.
  • Mengendalikan kes pendakwaan sama ada kes pengakuan bersalah atau perbicaraan di Mahkamah Majistret.
  • Membuat kajian terperinci berhubung dengan kekuatan dan kelemahan kes.
 
 
 
 

SEKSYEN RISIKO KHAS

  • Menguatkuasa Peraturan-peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996.
  • Mewujudkan daftar pepasangan bahaya besar dan bukan bahaya besar.
  • Memastikan pelaksanaan sistem KKP di pepasangan bahaya besar dan bukan bahaya besar.
  • Memberi khidmat kepakaran teknikal kepada agensi kerajaan dan swasta.
  • Menguatkuasa Peraturan-peraturan Keselamatan Petroleum (Langkah-langkah Keselamatan) (Pengangkutan Petroleum Melalui Talian Paip) 1985.
  • Mewujudkan daftar sistem talian paip dan sistem simpanan pukal.
  • Memastikan sistem talian paip dan simpanan pukal dikendali mengikut kehendak kod dan standard.
  • Memastikan keutuhan sistem talian paip dan simpanan pukal melalui pemeriksaan berkala.
  • Menguatkuasa Akta Kilang dan Jentera 1967.
  • Memastikan metodologi Skim Pemeriksaan Khas yang diluluskan digunapakai.
  • Memastikan integriti pengandung tekanan tak berapi dan dandang stim dalam keadaan selamat digunakan.
  • Memantau pelaksanaan Skim Pemeriksaan Khas.
 
 
 
 

SEKSYEN PROMOSI DAN SUMBER

  • Mengurus dan menyelaras penerimaan maklumat, poster, buntings, brosur, flyers, garispanduan, CD promosi, bahan-bahan KKP untuk tujuan sebaran kepada kumpulan sasaran dan menyelenggara pusat sumber bagi memastikannya sentiasa ada dan siapsedia.
  • Menyelaras pengumpulan data-data dan maklumat promosi berkaitan KKP serta memastikan penyediaan statistik terkini untuk kegunaan Majlis Negara, pelanggan dalaman dan luaran.
  • Mengambil bahagian dan memberi bantuan penyelerasan dalam aktiviti pelaksanaan promosi KKP daripada Majlis Negara, majikan, pertubuhan bukan kerajaan(NGOs) atau persatuan industri diperingkat negeri.
  • Menghadiri dalam siri lawatan berjadual promosi oleh ahli-ahli Majlis Negara ketempat kerja pada peringkat negeri.
  • Mengadakan dan menjayakan bengkel kesedaran dan promosi keatas segala garispanduan, kod amalan industri atau peraturan baru KKP yang dikuatkuasakan.
  • Menyediakan input anggaran belajawan bagi penyediaan keperluan bahan-bahan promosi dan galakan.
  • Menjadi pusat khidmat pelanggan untuk mendapatkan data dan maklumat KKP.

SEKSYEN KHIDMAT PENGURUSAN

  • Mengurus dan menyelaras hal ehwal pentadbiran  pejabat negeri.
  • Mengurus urusan kaunseling dan khidmat nasihat kepada anggota.
  • Melaksanakan arahan kementerian dan agensi pusat berhubung dengan pentadbiran.
  • Urus setia Jawatankuasa Mesyuarat Dalaman pejabat negeri.
  • Mengurus sewaan pejabat ibu pejabat dan Negeri.
  • Mengurus sistem fail.
  • Mengurus sistem surat menyurat.
  • Mengurus dan menyelenggara kenderaan pejabat Negeri.
  • Menguruskan perwartaan anggota JKKP.
  • Memproses kad kuasa dan kad pengenalan diri anggota JKKP.
  • Mengurus penyelenggaran pejabat Negeri.
  • Menjalankan tanggungjawab berhubung dengan perancangan, pemantauan dan pemprosesan yang berkaitan dengan hal ehwal kewangan pejabat negeri.
  • Merancang dan menyediakan program tahunan aktiviti JKKP.
  • Merancang dan menyediakan program aktiviti Kualiti dan Produktiviti.
  • Mengurus dan menyelaras belanjawan pejabat negeri.
  • Mengurus dan menyelaras  aktiviti pungutan hasil.
  • Mengurus penyelenggaran peralatan jabatan.
  • Mengurus verifikasi dan pulupusan aset pejabat negeri.
  • Mengurus dan mengemas kini rekod perkhidmatan anggota JKKP.
  • Mengurus keselamatan sistem IT pejabat negeri.
  • Memberi khidmat pengurusan dan pengoperasian sistem perkakasan dan rangkaian.
  • Menyelenggara sistem operasi, perkakasan dan rangkaian.
  • Menyediakan khidmat sokongan sistem operasi, perkakasan dan rangkaian.
 
 
 
 

Tags: about

Cetak Emel