Breadcumb Caption
  • Bahagian Higien Industri dan Ergonomik
Breadcumb Caption
  • Bahagian Higien Industri dan Ergonomik

Bahagian Higien Industri dan Ergonomik

CARTA ORGANISASI

OBJEKTIF

  1. Melaksanakan aktiviti-aktiviti pengiktirafan orang yang kompeten (OYK) dan orang yang bertanggungjawab (OYB).
  2. Melaksanakan aktiviti kelulusan ke atas peralatan perlindungan diri, peralatan pemonitoran higien industri, kawalan kejuruteraan, pusat ujian audiometrik dan makmal cerakinan dan proses berbahaya kepada kesihatan.
  3. Mengenalpasti bahaya higien industri dan ergonomik dan menyediakan kaedah penilaian dan pengawasan untuk dilaksanakan oleh pejabat negeri.
  4. Merancang dan memantau aktiviti Higien Industri dan Ergonomik pejabat negeri.
  5. Menguruskan stor, aktiviti-aktiviti senggaraan dan tentukur peralatan higien industri dan ergonomik jabatan.
 

SEKSYEN PENGIKTIRAFAN & KELULUSAN HIGIEN INDUSTRI

A. UNIT PENGIKTIRAFAN DAN PEMANTAUAN KOMPETENSI
  • Memproses permohonan pendaftaran baru dan pembaharuan Orang Yang Kompeten (OYK) Higen Industri.
    • Penaksir Risiko Bising (NRA)
    • Juruteknik Higien II (HT2)
    • Penguji Gas Bertauliah & Penyelia Kemasukan (AGTES)
  • Memantau prestasi OYK Higen Industri (NRA, HT2, AGTES) berdasarkan laporan kerja yang mereka sediakan, temuduga di pejabat JKKP atau pemerhatian di tempat kerja.
  • Memproses permohonan pendaftaran baru dan pembaharuan Pusat Pengajar dan Tenaga Pengajar untuk:
    • Kursus Bekerja Selamat di Dalam Ruang Terkurung (Kursus AGTES dan AESP)
    • Kursus Penaksir Risiko Bising (NRA)
    • Kursus Juruteknik Higien II (HT2)
  • Memantau prestasi Pusat Pengajar dan Tenaga Pengajar Kursus AGTES dan AESP, Kursus NRA dan Kursus HT2.
  • Menggubal modul dan melaksanakan kursus kompetensi higien industri untuk pegawai JKKP.
  • Membangun dan mengkaji semula piawaian berkaitan Pusat Pengajar dan OYK Higien Industri
  • Menyelia dan menyelenggara pangkalan data OYK Higen Industri dalam laman sesawang Jabatan.
  • Mengumpul dan menganalisa data pemantauan OYK Higen Industri yang dijalankan oleh pejabat negeri.

B. UNIT KELULUSAN DAN PEMANTAUAN KAWALAN HAZARD
  • Memproses permohonan untuk kelulusan kelengkapan pelindung diri (KPD), pusat ujian audiometrik (PUA) dan pembagasan pasir.
  • Membangun dan mengkaji semula piawaian berkaitan KPD, PUA dan pembagasan pasir.
  • Memantau agensi yang memeriksa/menguji KPD.
  • Menyiasat aduan ke atas perkara-perkara yang berkaitan KPD, PUA dan pembagasan pasir.
  • Memberi bantuan kepakaran dan peralatan ke atas kajian penyelidikan higien industri.
  • Merancang dan melaksanakan latihan/kursus kawalan hazard.
  • Menyediakan spesifikasi teknikal bagi pembelian kelengkapan pelindung diri mengikut keperluan semasa.
  • Menyediakan khidmat nasihat dan garispanduan berkaitan kawalan hazard.
  • Mengurus kelengkapan pelindung diri Bahagian Higien Industri & Ergonomik bagi kegunaan jabatan.

SEKSYEN KAWALAN HIGEN INDUSTRI DAN ERGONOMIK

A. UNIT PENGURUSAN PERALATAN TEKNIKAL
  • Mengawasi dan merekodkan barang gunahabis serta harta modal keluar/masuk di stor peralatan Bahagian Higien Industri dan Ergonomik.
  • Pelupusan peralatan permonitoran Higien Industri dan Ergonomik
  • Merancang dan menyelaras penentukuran dan verifikasi peralatan Higien Industri dan Ergonomik di Ibu Pejabat dan Pejabat Negeri.
  • Memastikan peralatan Bahagian Higien Industri dan Ergonomik berfungsi dengan baik dan diselenggara.
  • Pameran peralatan Higien Industri dan Ergonomik.
  • Khidmat nasihat, bantuan teknikal
  • Menyediakan spesifikasi teknikal untuk pembelian peralatan.
  • Pengumpulan data penggunaan peralatan di Ibu

B. UNIT PEMONITORAN & KHIDMAT HIGIEN INDUSTRI

  • Memproses permohonan Pendaftaran Pusat Pengajar dan Tenaga Pengajar Kursus Pengurusan Ergonomik serta Ergonomic Trained Person.
  • Memantau prestasi Pusat Pengajar, Tenaga Pengajar Kursus dan Ergonomic Trained Person
  • Menjalankan penaksiran risiko ergonomik di tempat kerja.
  • Melaksanakan bantuan teknikal ergonomik kepada JKKP Negeri dan Sektor Awam (mengikut keperluan).
  • Menyelaras Mesyuarat Ketua Seksyen Industri Higien (KaSIH).
  • Mengumpul, menyediakan dan selenggaraan pangkalan data pencapaian Seksyen Higien Industri di Pejabat Negeri.
  • Merancang dan melaksanakan kursus dan latihan di bawah skop HIE.
  • Sokongan teknikal dalam permonitoran / permonitoran hazard di Pejabat Negeri.
  • Permonitoran/kajian penyelidikan HIE dan hazard baru.
  • Siasatan/permonitoran aduan berkaitan HIE.
  • Membangunkan dan menambahbaik senaraisemak HIE.
  • Membangunkan Hazard Management Procedure (HazMep) untuk HIE.
  • Membangunkan standard pematuhan, garispanduan dan kod tata amalan ergonomik.
  • Program promosi ergonomik.
  • Mengenalpasti dan menyediakan spesifikas peralatan ergonomik untuk tujuan pemeriksaan ergonomik di tempat kerja.

Cetak Emel