Kebakaran Dan Letupan Di Stor Penyimpanan LPG
Pada April 2009 lebih kurang jam 11.00 malam, satu kebakaran dan letupan telah berlaku di stor penyimpanan gas petroleum cecair (LPG). Stor tersebut merupakan premis jenis rumah kedai teres dua tingkat. Kemalangan telah menyebabkan seorang maut, seorang mengalami kelecuran serius dan empat (4) orang cedera ringan. Letupan juga telah menyebabkan gegaran sekitar 3 km radius dan kerosakan harta benda yang teruk. Semasa kemalangan dianggarkan sebanyak 400 silinder berkapasiti 14 kg dan 50 kg disimpan dalam stor tersebut. Dua buah lori 1 tan penuh dengan muatan silinder LPG yang dipakir dalam premis tersebut juga turut musnah.
|
|||||||||||||||||||||||||||
Gambarfoto 1: Silinder LPG di lokasi insiden |
|||||||||||||||||||||||||||
LPG dikategorikan sebagai bahan mudah terbakar dan merupakan gas yang tidak berwarna, tidak berbau dan lebih berat daripada udara. Ethyl mercaptan yang mempunyai bau busuk ditambah ke dalam LPG untuk mengesan kehadiran LPG. Sekiranya berlaku kebocoran dan terdapat sumber pencucuhan, ia boleh menyebabkan kebakaran dan letupan. Silinder LPG boleh mengalami BLEVE (Boiling Liquid Expanding Vapour Explosion) sekiranya terdedah kepada api.
|
|||||||||||||||||||||||||||
Cadangan
|
|||||||||||||||||||||||||||
|