Breadcumb Caption
  • Sumber
  • Arkib
  • Arkib Berita
  • 2011
  • Siasatan terperinci perlu untuk kenal pasti kejadian
Breadcumb Caption
  • Sumber
  • Arkib
  • Arkib Berita
  • 2011
  • Siasatan terperinci perlu untuk kenal pasti kejadian

Siasatan terperinci perlu untuk kenal pasti kejadian

Harian Metro, 30 Disember 2011

 

KUALA LUMPUR: “Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Dosh) harus melakukan siasatan terperinci untuk mengenalpasti punca berlakunya kejadian itu supaya Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Kebangsaan (Niosh) dapat mengatur program sesuai supaya perkara sedemikian tidak berulang.

“Memang sedih dengan apa yang berlaku terhadap mangsa dan perkara ini harus diambil iktibar oleh semua majikan serta pekerja supaya kejadian itu tidak berulang kerana ciri-ciri keselamatan amat penting dalam setiap bidang pekerjaan,” kata Pengerusi Niosh, Tan Sri Lee Lam Thye (Gambar).

Beliau mengulas laporan muka depan Harian Metro semalam mengenai penyelia pelatih di kilang kelapa sawit di Kampung Padang Gajah, Perak, Suhaimi Mohammad Ariffin, 36, yang maut dalam keadaan ngeri selepas tergelincir ke dalam mesin pengisar tandan kelapa sawit.

Lee berkata, siasatan terperinci itu ialah untuk mengenal pasti sama ada kecuaian berlaku di pihak mangsa atau majikan bagi membolehkan tindakan sewajarnya diambil pihak berkuasa.

Katanya, banyak aspek harus diberikan perhatian oleh pekerja dan majikan kerana risiko kemalangan amat tinggi kepada pekerja sektor perkilangan.

Cetak Emel