Breadcumb Caption
  • Penyertaan Anugerah KKP Negara 2022
Breadcumb Caption
  • Penyertaan Anugerah KKP Negara 2022

Anugerah Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2022

 

logo ncosh

ANUGERAH KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN NEGARA 2022

PENGENALAN

Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara dianjurkan oleh Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (MNKKP) bersama Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia (JKKP). Majlis anugerah ini diadakan setiap tahun bertujuan bagi memberi pengiktirafan kepada organisasi dan individu yang telah menunjukkan komitmen yang tinggi serta prestasi cemerlang di dalam perlaksanaan sistem pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerja mereka.

Pengiktirafan ini juga merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menjadikan tempat kerja di Malaysia selamat dan sihat serta bagi menjadikan amalan kerja yang selamat dan sihat sebagai sebahagian daripada budaya rakyat Malaysia.

SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

  1. Semua penyertaan adalah percuma.
  2. Semua pencalonan mestilah menggunakan borang google (google form) Anugerah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara 2022 yang telah ditetapkan.
  3. Borang google boleh didapati melalui pautan berikut : https://forms.gle/1KC8AtgMFZP8ccZd6
  4. Borang penyertaan hendaklah dilengkapkan dan dihantar secara talian sebelum atau pada tarikh tutup yang telah ditetapkan.
  5. Panduan Penyertaan boleh dimuat turun di pautan berikut:  pdf Garis Panduan Anugerah 2022

KEPUTUSAN PENERIMA ANUGERAH

  1. Penilaian terakhir bagi penerima anugerah akan diputuskan oleh Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan.
  2. Semua keputusan penilaian adalah muktamad dan sulit. Sebarang permohonan rayuan tidak akan dipertimbangkan.
  3. Pemenang-pemenang akan dimaklumkan secara lisan atau melalui surat/e-mel sebelum majlis tersebut.

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

Semua borang penyertaan hendaklah di hantar secara talian sebelum atau pada 31 Disember 2022 (tertakluk kepada pindaan)

PERTANYAAN
Sekiranya ada pertanyaan, sila berhubung dengan pegawai berikut:

 Setiausaha,
Majlis Negara Bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, (Kementerian Sumber Manusia)
Aras 5, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62530 Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Telefon : +603-8000 8000
Faks : +603-8889 2354

 

• En. Muhammad Faisal bin Jusoh Tel: 03-8886 5265 E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

• En. Mohamed Haffis bin Mohossain Molla Tel: 03-8889 5264 E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

• En. Anuksin a/l Eh Klim Tel: 03-8871 1241 E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

• En. Mat Zawawi bin Zakaria Tel: 03-8889 5264 E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

• Pn. Nor Roslinda binti Mat Zan Tel: 03-8886 5696 E-mel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 

Cetak Emel