Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Letupan Habuk Di Kilang Memproses Bahan Kimia

bkf 042013a
Rajah 1 Letupan habuk diikuti dengan kebakaran di kilang memproses bahan kimia

Satu letupan habuk di sebuah kilang memproses bahan kimia telah mengakibatkan dua orang pekerja maut dan dua lagi cedera parah di bahagian muka dan badan. Aktiviti kilang ini adalah memproses bahan kimia berasaskan Stearate bagi tujuan perubatan dan kosmetik. Siasatan mendapati terdapat beberapa keadaan yang boleh menyebabkan letupan habuk : (1) persekitaran yang berhabuk; (2) ruang terkurung; (3)kehadiran oksigen; (4) habuk terampai dan juga wujudnya (5) pencucuhan.

Beberapa langkah keselamatan bagi mencegah kejadian yang sama iaitu:

  1. Sistem Pengalihan Udara Setempat (Local Exhaust Ventilation atau LEV) hendaklah dipasang di kawasan yang sesuai yang berpotensi menghasilkan kuantiti habuk yang tinggi. Sistem ini perlu direka mengikut standard oleh Jurutera Professional (PE) berdaftar; dibina dan diuji secara berkala mengikut spesifikasi reka bentuk bagi memastikan keberkesanannya;
  2. Sebagai panduan am, formula berikut boleh digunakan bagi menganggar ketebalan habuk yang dibenarkan abgi kerja housekeeping (Sumber NFPA 654)
    bkf 042013b
  3. Kerja pembersihan habuk menggunakan udara mampat dan menyapu tidak digalakkan. Penggunaan penyedut habuk yang diiktiraf khas untuk kegunaan industri dan benar-benar efisien menjalankan kerja-kerja menyedut habuk yang sentiasa bertaburan di sekitar tempat memproses;
  4. Menjalankan HIRARC ke atas bahaya letupan habuk; pihak pengurusan harus menyediakan Prosedur Kerja Selamat ke atas kerja-kerja atau proses-proses yang berisiko tinggi untuk mengakibatkan kemalangan letupan habuk dan kebakaran;
  5. Memastikan maklumat, arahan, panduan dan latihan di samping penyeliaan yang berkesan diberikan kepada operator atau pekerja-pekerja yang bekerja di kawasan-kawasan yang berpotensi menghasilkan kuantiti habuk yang banyak;
  6. Memastikan semua mesin, kelengkapan elektrik dalam keadaan selamat, kalis letupan dan mematuhi piawaan; dan
  7. Mengadakan latihan khusus kepada semua pekerja tentang risiko letupan habuk

Rujukan

  1. NFPA 654 : Standard for the Prevention of Fire & Dust Explosion in Manufacturing, Processing & Handling of Combustible Particulate Solids (2006)
  2. Dust explosion in Factories, Precautions required with combustible dusts, Department of Labour 1985, New Zealand
  3. US Chemical Safety and Hazard Investigation Board, Combustible Dust Hazard Study
  4. MS IEC 60079-10-2:2010 Explosive Atmospheres-Part10-2: Classification of Area- Combustible Dust Atmospheres
  5. MS IEC 60079-10:2003 Electrical Apparatues For Explosive Gas Atmosphere Part 10: Classification of Hazardous Areas
  6. Letupan Habuk Mudah Terbakar
  7. Letupan Habuk Mudah Terbakar Di Kilang Membuat Rim Motorsikal

Cetak Emel