doshheaderbm

Slider

Letupan Habuk Mudah Terbakar Di Kilang Membuat Rim Motorsikal

Safety alert ini dikeluarkan lanjutan daripada kejadian letupan habuk aluminium yang berlaku di sebuah kilang membuat rim motorsikal pada awal bulan November 2010 yang lalu.

8 orang pekerja telah tercedera akibat daripada letupan habuk tersebut dan 2 orang daripadanya mendapat kecederaan parah. Letupan habuk ini juga menyebabkan kerosakan pada bangunan dan loji pembuatan kilang tersebut, kemusnahan sistem dust collector dan juga memecahkan cermin kilang-kilang berhampiran.

  
Gambar: Menunjukkan i. Bahagian kerosakan teruk keatas sistem ‘dust collector’; ii.Sebahagian pandangan mesin’polishing’ yang menyebabkan terjadinya punca penyalaan keatas habuk aluminium.

Daripada penyiasatan yang telah dijalankan, letupan ini berlaku disebabkan kebakaran kecil yang terjadi dan berpunca di mesin polishing dan seterusnya menyebabkan satu rantaian letupan habuk berlaku.

Pembakaran Dan Letupan Habuk

Sepertimana juga untuk semua teori pembakaran, pembakaran habuk terjadi bila bahan api (iaitu habuk mudah terbakar) terdedah kepada haba ( seperti sumber penyalaan) dengan kehadiran oksigen. Tetapi, untuk menyebabkan penghasilan satu letupan habuk mudah terbakar pula, ianya memerlukan kehadiran secara serentak(simultaneous) 2 elemen yang lain pulak iaitu habuk terampai dan keadaan ruang yang terhad(confinement) seperti mana yang ditunjukkan di Pentagon Letupan Habuk


Gambarajah:Pentagon Letupan Habuk

Habuk-habuk yang mudah terampai akan terbakar dengan sangat cepat dan ruang yang terhad(confinement) akan menyebabkan penghasilan satu tekanan yang amat tinggi dalam tempoh masa yang tersingkat. Jika ketiadaan elemen samaada habuk-habuk yang terampai atau ruang yang terhad (confinement), ianya akan mengelakkan berlakunya letupan TETAPI kebakaran masih tetap boleh berlaku.

Langkah-Langkah Kawalan Untuk Mengelakkan Berlakunya Letupan Habuk

Untuk mengelakkan berlakunya habuk letupan, langkah kawalan berikut hendaklah dilakukan iaitu:

 

  • Kawalan terhadap habuk – kekemasan tempat kerja dan loji hendaklah diselenggara dengan baik dan pemasangan sistem gantian udara{LEV} yang sesuai dan menepati kepada standard kejuruteraan antarabangsa.
  • Kawalan terhadap sumber penyalaan - sumber-sumber penyalaan ialah seperti pembebasan arus elektrostatik, geseran, tindak balas kimia, permukaan panas dan juga kerja-kerja panas(hot work) di tempat kerja hendaklah dikenal pasti dan dielakkan daripada wujud di kawasan tempat kerja yang terlibat dengan habuk yang mudah terbakar.
  • Kawalan kerosakan akibat berlakunya letupan (damage control) – seperti memasang “explosion relief openings" pada mesin dan LEV.

 

Maklumat-Maklumat Lain Dan Panduan-Panduan Yang boleh Dirujuk:

 

  1. Dust Explosions in Factories, Precautions Required With Combustible Dusts, Department Of Labour, 1985, New Zealand.
  2. A Comprehensive Guideline to Industrial Explosion Protection Including Scientific Basics, Case Studies about Incidents, Prevention Methods and Constructive Protection Measures, REMBE’s Booklet Of safety And Security (BOSS)
  3. U.S. Chemical Safety and Hazard Investigation Board, Combustible Dust Hazard Study.

 

Cetak Emel