• HUBUNGI KAMI
  • Soalan Lazim
Slider

A) UMUM

Jawapan:

CIMAH merupakan suatu peraturan yang diwujudkan dibawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994. Peraturan ini dinamakan sebagai Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Kawalan Terhadap Bahaya Kemalangan Besar Dalam Perindustrian) 1996 atau singkatannya dipanggil Peraturan CIMAH 1996.

Jawapan:

suatu aktiviti industri yang melibatkan atau mungkin akan melibatkan suatu kuantiti bahan berbahaya atau kategori atau kategori-kategori bahan yang lebih daripada sepuluh peratus kuantiti ambang bahan atau bahan-bahan berbahaya;

di mana maksud aktiviti industri tersebut adalah

  • suatu operasi yang dijalankan dalam suatu pepasangan industri yang disebut dalam Jadual 4 yang melibatkan atau akan melibatkan satu atau lebih bahan berbahaya, dan termasuklah simpanan dan pengangkutan di kawasan tapak yang berkaitan dengan operasi tersebut; atau
  • suatu penyimpanan atau penyediaan bahan berbahaya di mana-mana tempat, pepasangan, premis, bangunan atau kawasan tanah sama ada terasing atau dalam suatu establismen, iaitu suatu tapak yang digunakan bagi maksud penyimpanan.

Jawapan:

  1. suatu pepasangan nuklear;
  2. suatu pepasangan di bawah angkatan tentera;
  3. suatu kenderaan atau vesel yang mengangkut bahan berbahaya ke atau dari tapak suatu aktiviti industri; dan
  4. suatu aktiviti industri yang melibatkan atau mungkin akan melibatkan suatu kuantiti bahan berbahaya atau kategori atau kategori-kategori bahan yang adalah atau sama atau kurang daripada sepuluh peratus kuantiti ambang bahan atau bahan-bahan berbahaya.