doshheaderbm

  • HUBUNGI KAMI
  • Soalan Lazim
Slider

Label

Peraturan CLASS tidak memerlukan terjemahan dilaksanakan oleh penterjemah bertauliah selagi maknanya tidak berubah daripada makna dalam dokumen asal. Pembekal bertanggungjawab untuk memastikan terjemahan yang betul daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu bagi SDS. JKKP tidak menyediakan apa-apa khidmat terjemahan. Bagaimanapun, terma dan frasa biasa seperti pengelasan bahaya, pernyataan bahaya, pernyataan berjaga-jaga dan tajuk SDS mestilah seperti yang dinyatakan dalam kedua-dua bahasa dalam Peraturan dan Tataamalan Industri Mengenai Pengelasan Bahan Kimia dan Komunikasi Bahaya (ICOP CHC). Ini boleh membantu pembekal dalam proses terjemahan.

Piktogram pracetak lebihan hendaklah dilitupi dengan menggunakan warna sama seperti label atau dihitamkan keseluruhannya tanpa menunjukkan bentuk berlian. Contoh situasi diberikan dalam Jadual 1.

vm piktogram

Ya. Semua pernyataan bahaya perlu dinyatakan pada label melainkan jika terdapat keterangan penduaan atau lebihan. Jika berkenaan, pernyataan bahaya gabungan sebagaimana yang dinyatakan dalam Jadual Ketiga, hendaklah digunakan pada label.

  1. Tangki penyimpanan – memerlukan label menurut Peraturan CLASS,
  2. Saluran paip – tiada pelabelan diperlukan menurut Peraturan CLASS,
  3. Lori tangki (semasa pengangkutan) – mungkin tidak memerlukan label menurut Peraturan CLASS,
  4. Lori tangki (disimpan di tempat kerja) – memerlukan label menurut Peraturan CLASS

Setiap piktogram mestilah 1/15 daripada permukaan label tetapi tidak boleh kurang daripada 100 mm². Permukaan label yang diambil kira adalah permukaan yang mengandungi maklumat seperti yang dinyatakan dalam subperaturan 8 (1) & (2) di bawah Peraturan CLASS.

Tidak ada format standard yang ditetapkan tetapi semua maklumat seperti yang dinyatakan dalam subperaturan 8 (1) & (2) di bawah Peraturan CLASS mestilah dimasukkan pada label.

Ya, anda boleh meletakkan dua nama syarikat berbeza pada label untuk menyatakan perincian pembekal. Sebagai contoh, perincian pengilang dan pengedar/pengimport, kedua-duanya boleh dinyatakan pada label. Perincian pembekal tempatan adalah wajib sementara perincian pengilang luar negara tidak diwajibkan.

Maklumat yang diperlukan dalam SDS hendaklah menurut keperluan minimum seperti yang dinyatakan dalam Bahagian 3, ICOP CHC (Perenggan 3.6). Data REACH boleh digunakan jika ia berkaitan dengan maklumat yang diperlukan untuk SDS.

Tidak, JKKP tidak menyediakan apa-apa kelulusan atau persijilan ke atas SDS dan pelabelan. Pembekal berkewajipan memastikan SDS dan pelabelan mereka menurut Peraturan CLASS dan ICOP CHC.