Breadcumb Caption
  • Highlights
  • Announcement
  • Kenyataan Media JKKP Susulan Kes Kemalangan Maut Melibatkan Kren Menara Di Bukit Bintang, Kuala Lumpur
Breadcumb Caption
  • Highlights
  • Announcement
  • Kenyataan Media JKKP Susulan Kes Kemalangan Maut Melibatkan Kren Menara Di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Kenyataan Media JKKP Susulan Kes Kemalangan Maut Melibatkan Kren Menara Di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

jatanegara

KENYATAAN MEDIA

JABATAN KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN MALAYSIA

SUSULAN

Kes Kemalangan Maut Melibatkan Kren Menara Di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Putrajaya, 26 Ogos – Satu kemalangan maut telah berlaku di Royale Pavillion, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada jam lebih kurang 7.20 petang semalam. Kemalangan melibatkan blok penyangkut sebuah kren menara jatuh di luar kawasan pembinaan dan menghempap sebuah kenderaan awam yang mengakibatkan pemandunya maut di tempat kejadian. Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berasa amat sedih dan merakamkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terlibat dalam kemalangan ini.

Rentetan daripada kemalangan ini, JKKP telah menjalankan siasatan pada hari yang sama dan mengambil tindakan mengeluarkan notis pemberhentian kerja ke atas keseluruhan aktiviti pembinaan bagi membantu siasatan lanjut dijalankan.

Menurut Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (1994), kontraktor utama sebagai majikan bertanggungjawab memastikan keselamatan penggunaan kren menara di tapak pembinaan. Akta Kilang dan Jentera (1967) pula menghendaki kren menara dipasang dan diselenggara oleh syarikat kompetan yang berdaftar dengan JKKP. Syarikat kompetan ini hendaklah dilantik oleh kontraktor utama untuk menjalankan pemeriksaan dan penyelenggaraan secara berkala, mengikut spesifikasi syarikat pembuat kren menara.

JKKP menjalankan siasatan secara terperinci bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab melaksanakan kewajipan sewajarnya. JKKP juga sedang menjalankan siasatan forensik bagi mengenalpasti punca-punca utama kemalangan bagi mencegah kemalangan seperti ini berulang di masa hadapan.

JKKP memandang serius setiap kemalangan yang berlaku terutamanya melibatkan kematian, sama ada pekerja mahupun orang awam. JKKP akan mengambil tindakan perundangan sekiranya didapati terdapat pelanggaran undang-undang oleh pihak yang bertanggungjawab. JKKP juga akan sentiasa dari masa ke masa menyemak dan menambahbaik prosidur kerja selamat sekiranya perlu, bagi memastikan keselamatan pekerja dan orang awam terjamin.

Tamat.

Tarikh siaran : 26 Ogos 2016

Dikeluarkan oleh         Pejabat Ketua Pengarah JKKP Malaysia

Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Malaysia

Aras 5, Blok D4, Kompleks D,

Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Putrajaya

  pdf Kenyataan Media JKKP Susulan Kes Kemalangan Maut Melibatkan Kren Menara Di Bukit Bintang, Kuala Lumpur

Cetak Emel