Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • Pemandu lori sampah maut dihempap batang besi kren
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • Pemandu lori sampah maut dihempap batang besi kren

Pemandu lori sampah maut dihempap batang besi kren

Berita Harian Online, 24 September 2014

news 24092014a bh
KEADAAN sebuah lori kren yang terjatuh ke atas sebuah lori sampah membabitkan seorang pemandu lori sampah yang terbunuh selepas dihempap batang besi kren seberat 25 tan di sini, hari ini. - Foto Rasul Azli Samad

MELAKA: Seorang pemandu lori sampah syarikat Southern Waste Management (SWM) maut apabila dihempap batang besi kren seberat 25 tan yang jatuh secara tiba-tiba ketika kerja menaikkan sebuah generator ke atas bumbung kompleks beli-belah Mahkota Parade, di sini, pagi tadi.

Ketika kejadian jam 5.35 pagi, Anas Tawi, 55, sedang mengutip sampah di belakang bangunan pusat beli-belah itu dan tidak sempat melarikan diri ketika palang besi kren berkenaan jatuh secara tiba-tiba.

Akibat dihempap, mangsa yang juga warga Indonesia yang mempunyai taraf penduduk tetap meninggal di tempat kejadian akibat parah di kepala.

Rakan sekerja mangsa yang juga kelindan lori berkenaan, Sabari Bidin, 45, berkata dia hanya mampu melihat dan tidak sempat berbuat apa-apa kerana kejadian berlaku terlalu pantas.

news 24092014b bh
SEORANG pemandu lori sampah syarikat Southern Waste Management (SWM) maut apabila dihempap batang besi kren seberat 25 tan yang jatuh secara tiba-tiba ketika kerja menaikkan sebuah generator ke atas bumbung kompleks beli-belah Mahkota Parade, Melaka, pagi tadi.

Katanya, beliau ketika itu sedang berada di belakang lori dan nampak besi kren jatuh sebelum menghempap mangsa.

"Rasa pilu dan sedih melihat rakan yang sudah lebih 30 tahun bekerja dengan SWM terkorban dalam kejadian ini," katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Razali Bakar ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan kes dikategorikan sebagai mati mengejut.

 

Cetak Emel