Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • Pekerja sektor binaan digesa utamakan keselamatan
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • Pekerja sektor binaan digesa utamakan keselamatan

Pekerja sektor binaan digesa utamakan keselamatan

Berita Harian Online, 28 April 2014

JOHOR BAHRU: Pekerja sektor binaan di negeri ini digesa sentiasa mengutamakan aspek kesihatan dan keselamatan ekoran terdapat enam kematian dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini akibat jatuh dari tempat tinggi.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) negeri, Omar Mat Piah, berkata aktiviti pembangunan projek pembinaan bangunan pencakar langit mengundang risiko yang berbagai terutama ketika beker di tempat tinggi.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Pelancaran Kempen Cegah Jatuh, di sini sebentar tadi.

Cetak Emel