Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • Tumpahan minyak berpunca kecuaian?
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • Tumpahan minyak berpunca kecuaian?

Tumpahan minyak berpunca kecuaian?

Utusan Online, 5 April 2014

 

KOTA BHARU 4 April - Jabatan Bomba dan Penyelamat negeri Kelantan sedang menjalankan siasatan menyeluruh tragedi letupan dan kebakaran sebuah gerai makan berhampiran stesen minyak di Dataran Kesedar, Persiaran Raya, Gua Musang, dekat sini malam kelmarin.

Difahamkan sisatan itu menjurus ke arah aspek kecuaian manusia dan masalah teknikal pada penutup tangki simpanan minyak tersebut.

Pengarah Bomba Negeri, Azmi Osman bagaimanapun berkata, berdasarkan siasatan awal dijalankan pihaknya menolak dakwaan yang mengatakan kebakaran tersebut berpunca dari kebocoran pada tangki di stesen minyak berkenaan.

Beliau berkata, berdasarkan soal siasat dan maklumat yang diperoleh pihaknya mendapati tiada sebarang kebocoran berlaku di kawasan berkenaan.

"Salah satu daripada enam tangki yang terdapat di stesen minyak berkenaan telah dikenalpasti telah melimpah keluar.

"Bagaimanapun siasatan masih lagi diteruskan oleh pihak kami bagi mengenalpasti punca sebenar bagaimana kebakaran tersebut boleh berlaku," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, disini hari ini.

Sementara itu, beberapa pegawai Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Kementerian Sumber Manusia mengadakan tinjauan di stesen minyak tersebut dan gerai terbabit hari ini.

Timbalan Pengarah Bahagian Kejuruteraan Forensik jabatan tersebut, Shaharuddin Mohd Ali berkata, tinjauan tersebut dilakukan bagi mendapatkan maklumat untuk siasatan bagi kejadian itu.

"Pihak kami tak dapat pastikan berapa lama siasatan kes, mungkin sebulan atau dua bulan kerana bergantung dengan jenis kes.

"Kami juga perlu mengambil maklumat dari pihak Polis, pihak bomba dan pihak stesen minyak Shell," katanya.

 

Cetak Emel