Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • Maut motosikal rempuh tren terbalik
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2014
  • Maut motosikal rempuh tren terbalik

Maut motosikal rempuh tren terbalik

Utusan Mingguan, 26 Januari 2014


Pulau Pinang 25 Jan - Seorang wanita maut selepas motosikal yang ditunggangnya hilang kawalan lalu merempuh sebuah kren yang terbalik di Jalan Masjid Negeri dekat sini pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 6.30 pagi itu, Che Siti Fatimah Ishak, 50, dari Ayer Itam dekat sini, dalam pperjalanan ke tempat kerjanya di Bayan Lepas.

Kren digunakan dalam kerja-kerja pembaikan lampu jalan itu dipercayai terbalik pada pukul 3.30 pagi dan menghalang lalu lintas di kedua-dua arah jalan berkenaan.

Che Siti Fatimah yang datang dari arah Jalan Scotland dikatakan tidak sempat mengelak kren berkenaan lalu melanggarnya menyebabkan mangsa tercampak dan parah di bahagian kepala.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pihaknya masih menyiasat kes itu dan turut merujuk Jabatan Keselamata dan Kesihatan Pekerja (DOSH) untuk menyiasat sama ada wujud unsur kecuaian yang menyebabkan kren itu terbalik ketika beroperasi.

Katanya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan.

Cetak Emel