• Arkib Berita
  • 2014
  • 4 dentuman gempar penduduk Banting
Slider

4 dentuman gempar penduduk Banting

 myMetro Online, 7 Januari 2014

Banting: Empat dentuman kuat seakan letupan bom menggemparkan penduduk berhampiran sebuah kilang di Pekan Banting malam kelmarin, hingga mencetuskan suasana panik buat seketika.

Bagaimanapun, penduduk yang melakukan siasatan sendiri sejurus kejadian mendapati letupan itu berpunca dari sebuah kilang di pekan berkenaan akibat berlaku masalah teknikal menyebabkan satu bahagian dalam kilang berkenaan meletup menyebabkan dua pekerjanya dilaporkan cedera.

Difahamkan, kedua-dua mangsa hanya cedera ringan dan dirawat di Hospital Banting sebelum dibenarkan pulang pada hari sama.

Sumber berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira jam 11 malam selepas satu saluran paip bahagian penyejukan di kilang berkenaan bocor ketika cecair di dalamnya berada pada suhu tinggi iaitu 2,000 darjah celcius.

“Dua pekerja warga Sri Langka itu kemudian dikejarkan ke hospital,” katanya.

Cetak Emel