Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2013
  • Perketat operasi kuari
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2013
  • Perketat operasi kuari

Perketat operasi kuari

Berita Harian Online, 31 Ogos 2013

 

Kuala Lumpur: Operasi kuari khususnya yang terletak berhampiran penempatan awam, perlu diperketat bagi memastikan insiden serpihan batu berterbangan tidak berulang.

Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata perkara itu wajar diberi penekanan serius kerana wujud kebimbangan orang awam yang mempersoalkan keselamatan operasi kuari, sejak kebelakangan ini.

Katanya, prosedur operasi standard (SOP) kuari di seluruh negara perlu dipinda terutama membabitkan kuantiti bahan letupan kerana ia mempengaruhi kawasan liputan yang bakal terjejas.

 

 

Aspek keselamatan ketika operasi kuari diperlekehkan sehingga boleh meragut nyawa orang awam” Lee Lam Thye, Pengerusi NIOSH


“Ini kes serius kerana ia berulang dalam tempoh sebulan. Ternyata, aspek keselamatan ketika operasi kuari diperlekehkan sehingga boleh meragut nyawa orang awam walaupun berada satu kilometer dari kawasan operasi,” katanya kepada BH, semalam.

Kelmarin, 14 murid dan seorang guru Sekolah Kebangsaan (SK) Chuping, Perlis, cedera akibat terkena serpihan bongkah batu yang diletupkan sebuah kuari, terletak kira-kira satu kilometer daripada sekolah itu.

Pekerja maut

Julai lalu, kes sama berlaku di kawasan perumahan dekat Taman Bandar Seri Alam, Pasir Gudang, Johor, mengorbankan seorang pekerja kilang, manakala 10 lagi cedera.
Kejadian itu turut menyebabkan sekurang-kurangnya 18 kenderaan sekitar kawasan rosak teruk dihempap batu, sebesar pemeluk orang dewasa.

Lam Thye berkata, sudah tiba masa operasi kuari diselenggara mengikut piawaian antarabangsa selain memperuntukkan ciri keselamatan terperinci bagi mengelak kejadian sama terus berulang.

 

 

Cetak Emel