Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2013
  • Kren hempap kenderaan: CIDB akan ambil tindakan
Breadcumb Caption
  • Arkib Berita
  • 2013
  • Kren hempap kenderaan: CIDB akan ambil tindakan

Kren hempap kenderaan: CIDB akan ambil tindakan

Utusan Online, 19 Ogos 2013

 

KUALA LUMPUR 19 Ogos - Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan tatatertib terhadap kontraktor yang bertanggungjawab dalam insiden sebuah kenderaan dihempap 'handle' kren yang diguna dalam pembinaan landasan Transit Aliran Ringan (LRT) di Subang Jaya, baru-baru ini.

Pengarah CIDB Selangor, Mohd. Zaid Zakaria berkata, pihak Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sedang menjalankan siasatan ke atas insiden tersebut dan mengikut Peraturan 15 (Peraturan Pendaftaran Kontraktor 1995), CIDB boleh mengambil tindakan membatal, menarik balik atau menggantung pendaftaran mana-mana kontraktor yang didapati cuai oleh mahkamah atau lembaga penyiasatan di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

"Hasil siasatan awal CIDB mendapati operator yang mengendali kren tersebut semasa kejadian adalah pemegang kad pendaftaran personel binaan dan mempunyai Sijil Pendaftaran Operator Kren yang dikeluarkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP), kedua-duanya masih mempunyai pendaftaran yang sah.

"Kren yang digunakan juga didapati mempunyai kelulusan pendaftaran Permit Mesin Angkat (PMA) dan yang masih sah di bawah seliaan JKKP,," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

 

Cetak Emel