Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Indoor Air Quality Assessor (IAQ Assessor) Training Centre

  • Pada tahun 2010, Jabatan telah memperkenalkan Tataamalan Industri Kualiti Udara Dalaman 2010 bagi memastikan pekerja dan penduduk dilindungi daripada kualiti udara kurang baik yang boleh menjejaskan kesihatan dan kesejahteraan mereka, dan dengan ini mengurangkan produktiviti mereka. Oleh yang demikian, majikan perlu menjalankan Penaksiran Kualiti Udara Dalaman yang mana kewajipan majikan dan mereka yang bekerja sendiri ke atas pekerja mereka adalah seperti yang ditetapkan di bawah Seksyen 15 Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (AKKP), manakala Seksyen 17 AKKP menetapkan bahawa kewajipan ini turut menjadi kewajipan am majikan dan mereka yang bekerja sendiri kepada orang lain selain pekerja mereka.

    Penaksiran Kualiti Udara Dalaman ini merupakan perkara-perkara teknikal yang memerlukan latihan spesifik oleh pusat-pusat pengajar yang mempunyai tenaga pengajar yang berpengetahuan tinggi, modul pengajaran yang berkualiti dan selaras dengan peruntukan perundangan yang berkuatkuasa.

    Oleh yang demikian, bagi memastikan standard latihan yang diberikan oleh pusat pengajar dapat dikawal dan memenuhi objektif yang ditetapkan, pengiktirafan akan diberikan kepada pusat pengajar yang memenuhi kriteria – kriteria yang telah ditetapkan di dalam panduan ini.

  • Tataamalan Industri Kualiti Udara Dalaman 2010

Cetak Emel