doshheaderbm

Slider

Drebar Enjin Pembakaran Dalam Gred 1 dan 2

  • Merujuk kepada Seksyen 29 Akta Kilang dan Jentera 1967, jentera tertentu tidak boleh dikendalikan tanpa kakitangan yang diperakukan. Dalam seksyen ini, jentera yang dimaksudkan adalah sebagaimana yang ditafsirkan sebagai jentera di dalam tafsiran am Seksyen 3 Akta Kilang dan Jentera 1967 dan tiap-tiap penghuni hendaklah memastikan bahawa jentera yang ditetapkan berada di bawah jagaan seorang jurutera, ketua kapal korek atau drebar yang berperakuan. Yang dimaksudkan jurutera, ketua kapal korek atau drebar yang berperakuan itu adalah seseorang yang memegang perakuan kekompetenan sebagai seorang jurutera, ketua kapal korek atau drebar atau mempunyai suatu kuasa bertulis yang dikeluarkan oleh Ketua Pemeriksa.

    Bagi jentera Enjin Pembakaran Dalam (EPD), 2 kompetensi drebar atau orang menjaga yang dikeluarkan Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) iaitu, drebar gred 1 dan drebar gred 2 : 

            i.  Pendaftaran Orang Yang Kompeten (OYK) Drebar Enjin PEmbakaran Dalam Gred 1
    Mengikut subperaturan 3, Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Kilang Dan Jentera (Orang-Orang Menjaga)(Pindaan) 2014, adalah bagi mana-mana orang yang menjaga sesuatu enjin pembakaran dalam  di dalam mana-mana pepasangan dengan keluaran kadar tertinggi adalah melebihi satu ribu kilowatt dan tidak melebihi lima ribu kilowatt (1000kilowatt > kadar pengeluaran enjin < 5000 kilowatt). 

    ii. Pendaftaran Orang Yang Kompeten (OYK) Drebar Enjin Pembakaran Dalam Gred 2 

    Mengikut subperaturan 2, Peraturan 6, Peraturan-Peraturan Kilang Dan Jentera (Orang-Orang Menjaga)(Pindaan) 2014, adalah bagi mana-mana orang yang menjaga sesuatu enjin pembakaran dalam di dalam mana-mana pepasangan dengan keluaran kadar yang tertinggi adalah lebih daripada lima ratus kilowatt tetapi tidak melebihi daripada satu ribu kilowatt (500kilowatt > kadar pengeluaran enjin < 1000 kilowatt) .

  • Permohonan Gred 1

    Orang Yang Kompeten (OYK) Drebar Enjin Pembakaran Dalam  Gred 1

    • MyKKP di url http://mykkp.dosh.gov.mydengan cara : Log Masuk (ID Dan Kata Laluan) > Orang Yang Kompeten (paparan Dashboard) > Keselamatan > Drebar Enjin Pembakaran Dalam > Gred 1

    Rujukan juga boleh dibuat di laman sesawang mykkp dengan mengklik tab PANDUAN > ORANG YANG KOMPETEN > KESELAMATAN > DREBAR ENJIN PEMBAKARAN DALAM > PENDAFTARAN (GRED 1)

    Dokumen:

    1. Maklumat Am Pemohon
    2. Maklumat Majikan
    3. Maklumat Kelayakan Akademik
    4. Maklumat Pengalaman Kerja
    5. Maklumat Sijil-Sijil Akademik Dan Kompetensi Pemohon 
    6. Dokumen sokongan :
      • Salinan Kad Pengenalan - WAJIB
      • Surat akuan asal majikan yang menunjukkan tugas-tugas harian yang terperinci dan jentera di bawah jagaan pemohon sehingga sekarang -WAJIB
      • Lain-lain dokumen yang diminta sekiranya perlu
    7. Perakuan Borang 115 (Permohonan Untuk MendapatPerakuan Kebolehan Sebagai Drebar Enjin) dan Hantar untuk permohonan pendaftaran
    8. Pemohon perlu menunggu panggilan temuduga daripada JKKP Negeri bagi Tarikh dan Masa temuduga

     

    Permohonan Gred 2

    Orang Yang Kompeten (OYK) Drebar Enjin Pembakaran Dalam Gred 2 

    • MyKKP di url http://mykkp.dosh.gov.mydengan cara : Log Masuk (ID Dan Kata Laluan) > Orang Yang Kompeten (paparan Dashboard) > Keselamatan > Drebar Enjin Pembakaran Dalam > Gred 2

    Rujukan juga boleh dibuat di laman sesawang mykkp dengan mengklik tab PANDUAN > ORANG YANG KOMPETEN > KESELAMATAN > DREBAR ENJIN PEMBAKARAN DALAM > PENDAFTARAN (GRED 2)

    Dokumen:

    1. Maklumat Am Pemohon
    2. Maklumat Majikan
    3. Maklumat Kelayakan Akademik
    4. Maklumat Pengalaman Kerja
    5. Maklumat Sijil-Sijil Akademik Dan Kompetensi Pemohon 
    6. Dokumen sokongan :
      • Salinan Kad Pengenalan - WAJIB
      • Surat akuan asal majikan yang menunjukkan tugas-tugas harian yang terperinci dan jentera di bawah jagaan pemohon sehingga sekarang -WAJIB
      • Lain-lain dokumen yang diminta sekiranya perlu
    7. Perakuan Borang 115 (Permohonan Untuk MendapatPerakuan Kebolehan Sebagai Drebar Enjin) dan Hantar untuk permohonan pendaftaran
    8. Pemohon perlu menunggu panggilan temuduga daripada JKKP Negeri bagi Tarikh dan Masa temuduga

    Sila berhubung dengan pejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri berkaitan permohonan. Sila layari laman sesawang www.dosh.gov.my > HUBUNGI KAMI untuk direktori JKKP Negeri.

Cetak Emel