doshheaderbm

Operator Kren

  • Peraturan 26 (1) Peraturan-Peraturan (Pemberitahu, Perakuan Kelayakan Dan Pemeriksaan) Kilang Dan Jentera 1970, menyatakan bahawa “selepas sesuatu kilang atau jentera diperiksa, Pemeriksa bolehlah, mengikut budibicaranya, mengeluarkan pemberitahuan dengan bertulis berkenaan kilang atau jentera itu dengan menyatakan syarat-syarat pengendalian dan sekatan-sekatan sebagaimana yang difikirkan patut dengan syarat bahawa bagi jentera yang memerlukan perakuan kelayakan, syarat-syarat perjalanan dan sekatan-sekatanitu hendaklah dicatit di dalam perakuan itu. Peraturan 26 (3) pula menyatakan bahawa “jentera yang mengenainya dikeluarkan pemberitahu di perihalkan dalam perenggan (1) di atas hendaklah dikendalikan dengan sepenuh-penuhnya menepati syarat-syarat yang tersebu dalam pemberitahu atau catitan itu.
    Di dalam Pekeliling Ketua Pengarah Bilangan 12 Tahun 1999 (Arahan Pendaftaran Pengendali Perancah Dan Operator Kren), perkara 5(c) memaklumkan memaklumkan bahawa bedasarkan statistik kemalangan yang melibatkan kren yang tinggi dan peruntukan di atas (Peraturan 26(3) Peraturan-Peraturan (Pemberitahu, Perakuan Kelayakan Dan Pemeriksaan) Kilang Dan Jentera 1970), YB Menteri Sumber Manusia telah mengarahkan JKKP supaya mensyaratkan semua kren bergerak, derik dan Menara dikendalikan oleh orang yang kompeten dengan mengikuti kursus operator kren yang diktiraf. Oleh yang demikian JKKP sekarang menguatkuasakan arahan ini dengan mencatitkan syarat pengedalian kren.
    Tempoh sijil kompetensi yang dikeluarkan oleh JKKP adalah selama 2 tahun dan permohonan pendaftaran dan pembaharuan hendaklah dibuat dalam tempoh setahun selepas lulus penilaian atau tarikh tamat tempoh sijil kompetensi. Bagi yang memohon selepas tempoh tersebut, pemohon dikehendaki hadir penilaian semula yang dikendalikan oleh pusat pengajar yang diiktiraf oleh jabatan.
  • Pendaftaran

    Pendaftaran Orang Yang Kompeten (OYK) Operator Kren 

    • MyKKP di url http://mykkp.dosh.gov.mydengan cara :Log Masuk (ID Dan Kata Laluan) > Orang Yang Kompeten (paparan Dashboard) > Keselamatan > Operator Kren > Menara/Bergerak/Derik (sila pilih salah satu). 

    Rujukan juga boleh dibuat di laman sesawang mykkp dengan mengklik tab PANDUAN > ORANG YANG KOMPETEN > KESELAMATAN > OPERATOR KREN > PENDAFTARAN 

     

    Dokumen

    • Maklumat Am Pemohon
    • Maklumat Majikan
    • Maklumat Kelayakan Akademik
    • Maklumat Pengalaman Kerja
    • Maklumat Kursus Berkaitan Permohonan
    • Maklumat Sijil-Sijil Akademik Dan Kompetensi Pemohon 
    • Maklumat Perubatan (terkini)
    • Dokumen sokongan :
    • Salinan Kad Pengenalan - WAJIB
    • Surat akuan asal majikan yang menunjukkan tugas-tugas harian yang terperinci dan jentera di bawah jagaan pemohon sehingga sekarang -WAJIB
    • Lain-lain dokumen yang diminta sekiranya perlu
    • Membuat Perakuan dan Hantar untuk permohonan pendaftaran
    • Pemohon perlu menunggu panggilan temuduga daripada JKKP Negeri bagi Tarikh dan Masa temuduga


    Pembaharuan

    Pembaharuan Orang Yang Kompeten (OYK) Operator Kren 

    • MyKKP di url http://mykkp.dosh.gov.mydengan cara : Log Masuk (ID Dan Kata Laluan) > Orang Yang Kompeten (paparan Dashboard) > Notifikasi Pembaharuan > Maklumat OYK > Pembaharuan

    Rujukan juga boleh dibuat di laman sesawang mykkp dengan mengklik tab PANDUAN > ORANG YANG KOMPETEN > KESELAMATAN > OPERATOR KREN > PEMBAHARUAN 

    Dokumen

    • Maklumat Am Pemohon
    • Maklumat Majikan
    • Maklumat Kelayakan Akademik
    • Maklumat Pengalaman Kerja
    • Maklumat Sijil-Sijil Akademik Dan Kompetensi Pemohon 
    • Maklumat Perubatan (terkini)
    • Dokumen sokongan :
    • Salinan Kad Pengenalan - WAJIB
    • Surat akuan asal majikan yang menunjukkan tugas-tugas harian yang terperinci dan jentera di bawah jagaan pemohon sehingga sekarang -WAJIB
    • Lain-lain dokumen yang diminta sekiranya perlu
    • Membuat Perakuan dan Hantar untuk permohonan pembaharuan

    PERTANYAAN LANJUT

    Sila berhubung dengan pejabat Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Negeri berkaitan permohonan. Sila layari laman sesawang www.dosh.gov.my > HUBUNGI KAMI untuk direktori JKKP Negeri

Cetak Emel