Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Juruteknik Higien 2

  • Juruteknik Higien 2 (HT2) merupakan orang yang bertanggungjawab menjalankan pemeriksaan dan ujian keberkesanan kelengkapan kawalan kejuruteraan di tempat kerja sebagaimana yang dikehendaki di bawah Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya Kepada Kesihatan) 2000.

    Seseorang majikan hendaklah melantik, menggaji atau mengambil kerja orang kompeten yang dipanggil HT2 bagi melaksanakan pemeriksaan dan ujian keberkesanan kelengkapan kawalan kejuruteraan mengikut standard yang telah ditetapkan oleh Jabatan.

    Juruteknik Higien 2 hendaklah:
    1. Menjalankan pemeriksaan dan pengujian keberkesanan kelengkapan kawalan kejuruteraan di tempat kerja;
    2. Menyiapkan dan menghantar laporan lengkap pemeriksaan dan pengujian keberkesanan kepada majikan dalam tempoh 30 hari selepas tamat pemeriksaan dan pengujian;
    3. Membentangkan hasil pemeriksaan dan pengujian keberkesanan kelengkapan kawalan kejuruteraan dan mencadangkan langkah-langkah penambahbaikan kepada majikan dalam tempoh 30 hari selepas tamat pemeriksaan dan pengujian;
    4. Menghantar laporan ringkas kepada Ketua Pengarah dalam tempoh 30 hari selepas tamat pemeriksaan dan pengujian; dan
    5. Menjalankan lain-lain tugas dan tanggungjawab sebagaimana yang dinyatakan dalam Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000.
  • Kelayakan
    1. Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Sains, Diploma Kejuruteraan, atau Diploma Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan (KKP) yang diiktiraf oleh MQA; dan
    2. Hadir kursus dan lulus peperiksaan HT2 di pusat pengajar yang berdaftar dengan Ketua Pengarah;

    ATAU
    1. Mempunyai sekurang-kurangnya Diploma Higien Industri yang diiktiraf oleh MQA; dan lulus peperiksaan HT2 di pusat pengajar yang berdaftar dengan Ketua Pengarah;

    ATAU
    1. Diiktiraf sebagai Industrial Hygienist atau Occupational Hygienist oleh badan yang diiktiraf oleh JKKP; DAN
    2. lulus peperiksaan HT2 di pusat pengajar yang berdaftar dengan Ketua Pengarah.

Tags: Competency, HT2

Cetak Emel