Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Pembuat Dandang Stim dan Bejana Tekanan Tak Berapi

  • Seksyen 29A, Akta Kilang Dan Jentera 1967 telah menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh membuat, fabrikasi, menguji, memasang, menyelenggara, merombak dan membaikpulih mana-mana jentera yang telah ditetapkan kecuali telah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pemeriksa.

    Akta Kilang dan Jentera 1967 telah menafsirkan jentera adalah termasuk dandang stim, pengandung tekanan tak berapi, pengandung tekanan berapi dan silinder gas.

    Manakala Peraturan 5(1), Peraturan-peraturan (Dandang stim dan Pengandung Tekanan Tak Berapi) Kilang dan Jentera 1970 telah menyatakan tidaklah boleh seseorang pun mengilang atau membuat atau menyebabkan pengilangan atau pembuatan sesuatu dandang stim atau pengandung tekanan tak berapi tanpa kebenaran bertulis daripada Ketua Pemeriksa.

    Berdasarkan kepada kehendak perundangan di atas, setiap syarikat yang akan menjalankan kerja-kerja membuat, membaikpulih dan memasang pengandung tekanan hendaklah berdaftar dengan Jabatan sebagai firma yang kompeten sebelum menjalankan kerja.
  • Permohonan pendaftaran dan pembaharuan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem MySKUD. Sila log masuk melalui Single Sign On (SSO) platform dipautan http://mykkp.dosh.gov.my
 

Cetak Emel