Slider

Pembuat Mesin Angkat

  • Seksyen 29A, Akta Kilang Dan Jentera 1967 telah menyatakan bahawa tiada seorang pun boleh membuat, fabrikasi, menguji, memasang, menyelenggara, merombak dan membaikpulih mana-mana jentera yang dinyatakan di dalam kecuali telah mendapat kebenaran bertulis daripada Ketua Pemeriksa.

    Berdasarkan kepada perundangan di atas, setiap syarikat yang akan menjalankan kerja-kerja pembuatan struktur mesin angkat hendaklah berdaftar dengan Jabatan sebagai firma yang kompeten (Pembuat Struktur Mesin Angkat) sebelum menjalankan kerja.

  • Permohonan pendaftaran dan pembaharuan boleh dibuat secara atas talian melalui sistem MySKUD. Sila log masuk melalui Single Sign On (SSO) platform dipautan http://mykkp.dosh.gov.my
 

Cetak Emel