Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Kemalangan Melibatkan Struktur Bumbung Stadium

Struktur bumbung sebuah stadium yang sedang dipotong untuk dirobohkan telah runtuh di Terengganu mengakibatkan kecederaan kepada lima orang pekerja. Rajah 1 menunjukkan keadaan umum struktur bumbung selepas kemalangan.

bkf 032013
Rajah 1. Gambaran panorama struktur bumbung selepas kemalangan.

Cadangan Penambahbaikan:

  1. Kerja meroboh bangunan atau struktur kejuruteraan hendaklah mematuhi kehendak Akta Kilang dan Jentera (Pindaan 2007), terutamanya Peraturan-peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan dan Kerja-kerja Binaan Kejuruteraan) (Keselamatan).
  2. Kerja meroboh juga perlu berpandukan kepada Malaysian Standard – MS 2318:2012: Demolition of buildings – Code of practice (first revision) selagi ianya tidak bertentangan dengan kehendak perundangan.
  3. Kontraktor hendaklah membuat perancangan kerja yang menyeluruh dengan menyediakan pernyataan kaedah (methodstatement) bagi kerja meroboh, yang mencakupi beberapa perkara (tetapi tidak terhad) berikut:
    1. Pelan lokasi
    2. Maklumat bangunan sedia ada
    3. Susun atur bangunan
    4. Prosedur merombak dan turutan operasi
    5. Langkah keselamatan
    6. Pengurusan puing
    7. Pertimbangan keselamatan khusus
    8. Trafik
    9. Perkiraan pasca-perobohan.
  4. Pernyataan kaedah ini hendaklah disemak dan disahkan oleh jurutera professional.
  5. Sebarang perubahan terhadap pernyataan kaedah yang dicadangkan oleh kontraktor kerja meroboh hendaklah dirujuk kepada jurutera professional dan perubahan ini hendaklah direkod, disemak dan disahkan semula.
  6. Kerja-kerja perobohan hendaklah dilakukan oleh kontraktor yang berdaftar sebagai kontraktor kerja meroboh dengan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia.

Cetak Emel