Breadcumb Caption
  • Info KKP
  • Amaran Keselamatan
  • Kemalangan Melibatkan Letupan Penyucihama di Kilang Kelapa Sawit
Breadcumb Caption
  • Info KKP
  • Amaran Keselamatan
  • Kemalangan Melibatkan Letupan Penyucihama di Kilang Kelapa Sawit

Kemalangan Melibatkan Letupan Penyucihama di Kilang Kelapa Sawit

Keadaan kilang kelapa sawit selepas kejadian
Rajah 1: Keadaan kilang kelapa sawit selepas kejadian.

Kemalangan telah mengorbankan nyawa 4 orang pekerja dan mengakibatkan kerosakan pada penyucihama serta struktur bangunan, seperti yang ditunjukkan pada Rajah 1. Daya letupan menyebabkan sambungan (kimpalan) antara pintu penyucihama dan engsel patah. Ini mengakibatkan pintu tercampak kira-kira 11 meter, manakala 6 sangkar berisi buah kelapa sawit yang sedang diproses terhumban keluar dan bertaburan di sekitar penyucihama. Semasa kejadian, semua mangsa sedang bekerja berhampiran penyucihama.

Siasatan awal mendapati kemungkinan berlaku kegagalan pada mekanisma penguncian pintu penyucihama. Oleh itu, arahan keselamatan ini khusus kepada aspek yang berkaitan mekanisma penguncian pintu dan saranan ini hendaklah disesuaikan dengan jenis jentera dan syor syarikat pembuat :

  1. Sistem pengurusan keselamatan
    Beberapa komponen penting adalah seperti latihan, prosedur kerja, arahan dan pengawasan kerja
  2. Sistem pemeriksaan
    Semasa operasi, beberapa pemeriksaan perlu dijalankan seperti:
    1. Memeriksa jajaran antara pintu, gegelung kunci dan kelumpang semasa pintu dibuka dan ditutup. Pemeriksaan haruslah termasuk jajaran cuping (ketika pintu dibuka dan ditutup) mematuhi keperluan minimum yang disyorkan oleh pembuat
    Semasa penyelenggaraan berkala, beberapa pemeriksaan perlu dijalankan seperti:
    1. Memeriksa keadaan fizikal penyucihama seperti permukaan dalaman dinding kelumpang, keadaan cuping dan baji (terletak di gegelung kunci, pintu dan kelumpang), keutuhan kimpalan untuk mengesan sebarang abnormaliti akibat haus atau terlebih beban. Memastikan had toleren pada cuping dan baji mengikut spesifikasi dan syor dari pengilang;
    2. Memeriksa dan menyelenggara setiap komponen pintu (terutama bolt pelaras, gegalas dan sebagainya) dan peranti keselamatan (contohnya gasket, safety interlock, safety valve, jajaran pintu penyucihama dan sebagainya) yang dipasang pada penyucihama berfungsi dengan baik. Pemeriksaan ini termasuklah bagi menentukan bentuk membulat gelang kekunci, pintu dan kelumpang ketika pintu ditutup dan dikunci. Dimensi dan kelegaan di antara cuping-cuping hendaklah mengikut spesifikasi yang disyorkan oleh syarikat pembuat;
    3. Memastikan sebarang kerja pengubahsuaian dan pembaikan mendapat kelulusan Jabatan dan dilakukan oleh orang dan syarikat yang kompeten; dan
    4. Memantau dan memastikan semua kerja-kerja penyelenggaraan tidak mengubah sebarang spesifikasi asal pada mana-mana bahagian penyucihama.

Cetak Emel