Breadcumb Caption
Breadcumb Caption

Kes Kejadian Kegagalan Pemasangan Kren Menara Jenis Luffing

bkf 062013
Gambarfoto: Boom kren menara yang telah bengkok dan tergantung di tepi bangunan selepas kejadian

Satu kren menara jenis luffing sedang dalam kerja-kerja pemasangan dari tingkat 1 ke tingkat 10 dengan menggunakan teknik internal climbing. Pemasangan kren menara dari tingkat 1 ke tingkat 4 telah pun siap dipasang semasa bangunan sedang dalam peringkat awal pembinaan. Pada hari kejadian lebih kurang pada waktu tengahari, pemasangan kren menara tersebut dimulakan dari tingkat 4 ke tingkat 7. Semasa pemasangan kren menara tersebut menghampiri tingkat 7, kedengaran pam motor hidraulik mengeluarkan bunyi yang kurang normal serta bunyi seperti geseran antara besi ke besi. Seterusnya arahan dikeluarkan oleh orang kompeten untuk menghentikan operasi pemasangan kren menara. Semasa dalam proses sedang mengenalpasti punca bunyi kurang normal, tiba-tiba kedengaran satu bunyi kuat sebelum keseluruhan mekanisma internal climbing frame bersama-sama dengan struktur kren menara tersebut jatuh ke bawah. Semasa kejadian ini berlaku, kerja-kerja pembinaan bangunan pejabat dan kondominium sedang dalam keadaan separa aktif disebabkan oleh musim cuti perayaan.

Berikut merupakan beberapa langkah keselamatan yang perlu diambil oleh pihak-pihak yang terlibat dalam menjalankan kerja-kerja pemasangan kren menara

  1. Mengadakan perbincangan rapi diantara kontraktor projek bersama syarikat pemasang kren menara yang dilantik mengenai penaksiran risiko keatas aktiviti kerja pemasangan yang akan dilakukan dan aspek-aspek keselamatan yang perlu diambilkira sebelum, semasa dan selepas kerja-kerja pemsangan kren menara.
  2. Memastikan segala pemeriksaan fizikal keatas komponen penyokong-climbing ladders, supporting brackets, dogs, pasangan mustahak ke atas pam hidraulik, dan langkah-langkah pengujian sistem pemasangan kren menara telah dijalankan oleh orang yang benar-benar kompeten sebelum kerja-kerja pemasangan dijalankan. Rekod pemeriksaan ini hendaklah dicatatkan dan disimpan untuk perhatian pegawai jabatan apabila diminta.
  3. Kontraktor projek perlulah mengadakan sistem penyeliaan yang menyeluruh ke atas syarikat pemasang kren untuk memastikan segala prosedur keselamatan dipatuhi.
  4. Memastikan maklumat, arahan, panduan dan latihan khusus disamping penyeliaan yang berkesan perlu diberi kepada pekerja-pekerja yang terlibat secara langsung dengan kerja-kerja pemasangan kren menara.
  5. Mematuhi manual pemasangan kren menara yang ada disediakan oleh pihak pembuat dan pembekal untuk mengelakkan sebarang kejadian yang tidak dingini.
  6. Menyediakan pelan pemasangan kren menara (climbing plan) secara bertulis untuk memudahkan komunikasi di antara setiap pekerja atau individu yang menjalankan kerja-kerja pemasangan kren menara.

Cetak Emel