Breadcumb Caption
  • Seranta Awam Bagi Draf Guidelines for The Preparation of a Chemical Register
Breadcumb Caption
  • Seranta Awam Bagi Draf Guidelines for The Preparation of a Chemical Register

Seranta Awam Bagi Draf Garis Panduan Penyediaan Daftar Bahan Kimia

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera,

Tuan/ puan yang dihormati,

A. Pendahuluan
Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) sedang dalam proses seranta awam bagi draf Guidelines for The Preparation of a Chemical Register. Pemegang taruh digalakkan untuk memberikan maklum balas bagi draf tersebut.

B. Latar Belakang
Garis panduan ini disemak semula dan dipinda bagi menambahbaik garis panduan sedia ada iaitu “GUIDELINES FOR THE PREPARATION OF A CHEMICAL REGISTER, 2000”. Terdapat perubahan ketara dalam format kandungan garis panduan sedia ada yang perlu dipinda dan perlu diselarikan dengan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pengelasan, Pelabelan dan Helaian Data Keselamatan Bahan Kimia Berbahaya) 2013, (Peraturan CLASS 2013) dan peruntukan baru dalam pindaan Peraturan-Peraturan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Penggunaan dan Standard Pendedahan Bahan Kimia Berbahaya kepada Kesihatan) 2000, (Peraturan USECHH 2000). Semakan semula ini juga mengambil kira pengelasan Sektor dan Industri berdasarkan kepada standard terkini iaitu Piawaian Klasifikasi Industri Malaysia 2008 atau Malaysian Standard Industrial Classification (MSIC 2008). Garis panduan ini juga perlu ditambahbaik untuk penyeragaman dan menjadi rujukan industri dalam menyediakan daftar bahan kimia berbahaya kepada kesihatan selaras dengan keperluan semasa.

Garis panduan ini juga melibatkan perubahan format borang dan perubahan maklumat yang diperlukan selaras dengan perubahan Peraturan CLASS 2013 dan peruntukan baru dalam pindaan Peraturan USECHH 2000. Panduan pengisian borang beserta contoh juga dimasukkan ke dalam semakan Garis Panduan ini.

Skop pindaan termasuklah perkara berikut:
i. Peruntukan yang berkaitan pindaan Peraturan USECHH 2000 dan Peraturan CLASS 2013;
ii. Tujuan daftar bahan kimia berbahaya kepada kesihatan;
iii. Penggunaan daftar bahan kimia berbahaya kepada kesihatan;
iv. Kehendak perundangan untuk mengemukakan daftar bahan kimia berbahaya kepada kesihatan;
v. Elemen daftar bahan kimia berbahaya kepada kesihatan beserta borang dan nota panduan; dan
vi. Kod sektor industri berdasarkan MSIC 2008.

C. Responden
Pemegang taruh yang terlibat adalah seperti pihak berkuasa, orang yang kompeten, pihak industri, persatuan industri dan ahli akademik diminta untuk memberikan komen dan maklum balas bagi draf tersebut di dalam borang seperti di Lampiran A. Sekiranya tiada komen atau maklum balas berkaitan, tuan/ puan dipohon juga untuk mengisi lampiran berkenaan dengan menandakan tiada komen/ maklum balas. Lampiran A boleh diisi dan dihantar ke alamat email seperti berikut:
i) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
ii) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

D. Maklumat hubungan
i)  Nama : Ir. Ts. Hazlina Binti Yon
    Alamat : Pejabat Pengarah
    Bahagian Pengurusan Kimia
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
    Aras 4, Blok D4, Kompleks D
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62530 Wilayah Persekutuan Putrajaya
    No Telefon : 03-88865088
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

ii) Nama : Pn. Nurul Fatimah Bayah binti Haron
    Alamat : Bahagian Pengurusan Kimia
    Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan
    Aras 4, Blok D4, Kompleks D
    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
    62530 Wilayah Persekutuan Putrajaya
    No Telefon : 03-88866429
    Emel : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

pdf GARIS PANDUAN PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

document LAMPIRAN A BORANG MAKLUMBALAS SERANTA AWAM BAGI DRAF GARIS PANDUAN PENYEDIAAN DAFTAR BAHAN KIMIA

Status : Tutup
Tarikh Mula : 10 Februari 2023
Tarikh Tamat : 10 Mac 2023

Cetak Emel