Breadcumb Caption
  • HUBUNGI KAMI
  • Soalan Lazim
Breadcumb Caption
  • HUBUNGI KAMI
  • Soalan Lazim

Umum

Penyediaan persekitaran kerja yang kondusif dan langkah-langkah berjaga-jaga yang berpatutan unutk mencegah orang yang bekerja daripada tercedera atau mendapat kesan kesihatan akibat aktiviti kerja yang dijalankan.

Mengurus keselamatan dan kesihatan di tempat kerja agak berbeza dengan mengurus aspek perniagaan lain. Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) memerlukan komitmen pemunya perniagaan atau majikan untuk melakukan 3 langkah di bawah :
i. Pernyataan Dasar KKP
ii. Perancangan termasuk pelaksanaan HIRARC, latihan, arahan dan audit
iii. Tindakan pembaikan

Penyataan dasar keselamatan dan kesihatan adalah satu penyataan secara bertulis yang menyatakan dengan ringkas komitmen berikut :

  • Majikan untuk menyediakan keselamatan, kesihatan dan kebajikan kepada pekerja semasa bekerja melalui peraturan dan prosedur yang ditetapkan.
  • Pihak pekerja untuk mematuhi prosedur kerja dan peraturan untuk memastikan keselamatan diri sendiri.


Ia perlu diletakkan di tempat yang boleh dilihat oleh para pekerja

Majikan boleh mulakan dengan melakukan aktiviti mengenalpasti hazad/bahaya bagi semua proses kerja. Selepas itu, majikan perlu melakukan penaksiran bagi setiap risiko yang dikenalpasti danmengambil tindakan yang sepatutnya untuk mengawal risiko berkenaan. Proses ini dinamakan HIRARC.

Ya. Semua "orang yang sedang bekerja" di dalam sektor Pengilangan; Perlombongan dan Penguarian; Pembinaan; Pertanian; Perhutanan dan Perikanan; Utiliti; Pengangkutan; Penyimpanan dan Komunikasi; Perdagangan Borong dan Runcit; Hotel dan Restoran; Kewangan, Insurans, Harta Tanah dan Perkhidmatan Perniagaan, Perkhidmatan Awam dan Berkanun diliputi oleh Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514).

Majikan, pekerja, orang yang bekerja sendiri, perekabentuk, pengilang, pengimport, pembekal loji / bahan bertanggungjawab mempunyai kewajipan masing-masing untuk memastikan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja terjamin.

Majikan dikehendaki melindungi keselamatan, kesihatan dan kebajikan orang-orang yang bekerja melalui langkah-langkah berikut:

  • Menyediakan dan menyenggara loji dan sistem kerja selamat;
  • Menyusun langkah-langkah bagi menjamin keselamatan dan kesihatan dalam penggunaan, pengendalian, penanganan, penyimpanan dan pengangkutan loji dan bahan;
  • Menyediakan maklumat, arahan, latihan dan penyeliaan bagi pekerja baru dan pekerja lama;
  • Menyediakan dan menyenggara persekitaran pekerjaan yang selamat tanpa risiko kepada kesihatan; dan,
  • Menyediakan kemudahan bagi kebajikan mereka yang sedang bekerja.
  • Memastikan orang-orang lain yang berada di kawasan kera tidak terdedah kepada risiko keselamatan dan kesihatan akibat pengusahaan seperti bahaya jentera / loji. 
  •  Memberi maklumat berkaitan cara menjalankan pengusahaannya untuk pengetahuan orang-orang lain selain pekerja yang mungkin terdedah kepada risiko ketika pekerja sedang bekerja

Setiap pekerja mempunyai kewajipan untuk:

  • Memberi perhatian yang munasabah bagi mengelakkan kecederaan kepada diri mereka atau orang lain semasa menjalankan aktiviti kerja mereka,
  • Bekerjasama dengan majikan dan orang lain untuk memenuhi peruntukan undang-undang

Pekerja dilindungi daripada didiskriminasi, dicederakan atau diubah kedudukan oleh majikan sekiranya:

  • Membuat sesuatu aduan mengenai keadaan atau perlakuan tidak selamat di tempat kerja,
  • Menjadi ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan,
  • Menjalankan tugas sebagai ahli jawatankuasa keselamatan dan kesihatan.

Jawatankuasa Keselamatan dan Kesihatan berfungsi untuk:

  • Mengkaji semula langkah-langkah keselamatan dan kesihatan di tempat kerja,
  • Menyiasat aduan atau apa-apa perkara yang berkaitan yang dibangkitkan,
  • Sentiasa berunding dengan majikan mengenai isu berkaitan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja.

Ya. Majikan yang termasuk di bawah kelas atau jenis industri yang diwartakan di bawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 mestilah menggaji seorang yang kompeten untuk bertindak sebagai Pegawai Keselamatan dan Kesihatan.

Pegawai ini berperanan untuk memastikan pematuhan Akta dan menggalakkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat di tempat kerja.

Majikan yang gagal memastikan keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerjanya adalah melakukan suatu kesalahan, apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM50,000.00 atau penjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya sekali.

Pegawai ini berperanan untuk memastikan pematuhan Akta dan menggalakkan persekitaran kerja yang selamat dan sihat di tempat kerja.