Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2015
  • Kes Kegagalan Struktur Bumbung Kanopi Di Sabah
Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2015
  • Kes Kegagalan Struktur Bumbung Kanopi Di Sabah

Kes Kegagalan Struktur Bumbung Kanopi Di Sabah

bkf 062015

Satu kejadian yang melibatkan keruntuhan struktur bumbung kanopi yang sedang dalam proses pemasangan di sebuah kompleks telah berlaku pada jam lebih kurang 11.00 pagi, 2 Febuari 2015 di Kota Kinabalu , Sabah. Beberapa orang pekerja yang terlibat dengan kerja-kerja pemasangan struktur tersebut telah mengalami kecederaan dan salah seorang dari mereka telah dilaporkan meninggal dunia di hospital. Kejadian ini juga menyebabkan struktur bumbung kanopi tersebut mengalami kerosakkkan yang teruk dan sambungan struktur bumbung kanopi ke rasuk bangunan telah patah dan tercabut.

Punca punca kejadian keruntuhan struktur bumbung kanopi dikenalpasti disebabkan oleh beberapa faktor seperti:

  1. Salah tafsir pada rekabentuk struktur bumbung kanopi;
  2. Maklumat sambungan di dalam lukisan pembinaan tidak tepat;
  3. Rekabentuk sambungan tidak dapat menampung berat struktur;
  4. Jumlah bolt yang tidak mencukupi untuk menampung beban yang dikenakan;
  5. Saiz dan kedalaman bolt tidak mencukupi untuk menampung beban yang dikenakan;
  6. Pemasangan pada sambungan yang tidak memenuhi kaedah pemasangan yang selamat;
  7. Bahan yang digunakan untuk pembinaan struktur bumbung kanopi yang substandard;
  8. Kualiti kerja pembinaan yang rendah menyebabkan sambungan tidak dapat mencapai kebolehupayaan maksimum;
  9. Nilai kekuatan struktur konkrit lebih rendah daripada nilai kekuatan rekabentuk.

Cadangan tindakan penambahbaikan:

  1. Struktur konkrit yang dibina mestilah kukuh dan perlu mematuhi spesifikasi piawaian yang dikehendaki.
  2. Rekabentuk struktur bumbung kanopi perlu mematuhi piawai dan kod yang ditetapkan. Jika terdapat sebarang perubahan kepada rekabentuk , ianya mestilah dirujuk kepada pereka untuk kelulusan sebelum pemasangan dibuat.
  3. Pemasangan perlu memenuhi sepenuhnya kehendak spesifikasi rekabentuk yang telah diluluskan dan perlu mematuhi kaedah pemasangan struktur yang selamat. Pemasangan hendaklah dilakukan oleh mereka yang kompeten.
  4. Memastikan bahan atau material yang digunakan untuk pemasangan struktur bumbung kanopi tidak mengalami kecacatan dan memenuhi spesifikasi piawaian yang ditetapkan.
  5. Penggunaan dan pemasangan bolt dan chemical anchors perlu mematuhi arahan atau kehendak pembuat dan spesifikasi rekabentuk. Arahan ini meliputi saiz lubang yang digerudi dan kedalamannya, prosedur pemasangan dan tempoh masa awet.
  6. HIRARC perlu dilakukan sebelum kerja-kerja pemasangan struktur bumbung dilakukan.
  7. Pihak pengurusan pembinaan haruslah memantau kestabilan struktur bumbung secukupnya untuk memastikan pekerja dan orang awam tidak mendapat risiko daripada keruntuhan struktur.

Rujukan:-

  1. Guidelines For Public Safety and Health at Construction Sites, JKKP Malaysia.
  2. Safework SA , Government of South Australia.
  3. Safety Alert , WorkSafe Victoria

 

 

 

 

Cetak Emel