• Arkib Info KKP
  • 2015
  • Kes Keruntuhan Struktur Lantai Bangunan Sedang Dalam Pembinaan Di Selayang Prima, Selangor
Slider

Kes Keruntuhan Struktur Lantai Bangunan Sedang Dalam Pembinaan Di Selayang Prima, Selangor

safety alert nov2015

Satu kejadian melibatkan keruntuhan struktur lantai konkrit telah berlaku di sebuah projek pembinaan bangunan di Selayang Prima , Selangor. Kejadian ini berlaku semasa kerja-kerja penuangan konkrit ke atas struktur lantai sedang dilakukan oleh pekerja-pekerja binaan . Semasa kejadian , terdapat 5 orang pekerja sedang melakukan kerja-kerja penuangan konkrit tersebut.

Semasa mereka sedang melakukan kerja-kerja mengkonkrit pada struktur lantai di tingkat CP1, secara tiba-tiba lantai tersebut runtuh ke bawah. Semua pekerja yang berada di tempat tersebut turut terjatuh bersama runtuhan lantai konkrit. Kemalangan ini mengakibatkan 3 orang pekerja cedera ringan dan 2 orang pekerja cedera parah. Struktur lantai yang sedang dalam pembinaan mengalami kerosakkan yang amat teruk. Tiada kemalangan jiwa yang berlaku dalam kejadian ini.

Struktur lantai yang sedang dikonkrit disokong oleh struktur perancah yang bertindak sebagai falsework.

Cadangan langkah - langkah tindakan pencegahan kemalangan:

  1. Struktur penyokong/perancah ( falsework ) hendaklah direkabentuk oleh jurutera profesional berdasarkan mana-mana kod yang diiktiraf;
  2. Pemasangan struktur penyokong hendaklah mengikut spesifikasi rekabentuk yang dibuat oleh jurutera profesional dan pemasangannya hendaklah mendapat kelulusan atau perakuan daripada jurutera tersebut;
  3. Penyeliaan secara terus hendaklah dilakukan oleh orang yang betanggungjawab semasa kerja-kerja pemasangan struktur penyokong dilakukan;
  4. Jika struktur acuan direka oleh Jurutera Profesional, maka Jurutera Profesional itu adalah bertanggungjawab untuk menyelia dan memantau pembinaan dan kestabilan struktur tersebut;
  5. Pemeriksaan kekuatan dan kestabilan struktur penyokong / perancah perlu dilakukan secara menyeluruh oleh orang yang bertanggungjawab dari masa semasa terutamanya ketika kerja-kerja penuangan konkrit dilakukan ke atas struktur lantai;
  6. Mana-mana keadaan yang tidak selamat yang ditemui ketika pemeriksaan dijalankan, hendaklah diperbetulkan dengan segera mungkin;
  7. Perancah dan tiap-tiap bahagiannya yang digunakan sebagai penyokong hendaklah dibina dengan baik , dari bahan yang sesuai dan baik dan mempunyai kekuatan yang mencukupi bagi maksud yang hendak digunakannya;
  8. Perancah yang dipasang haruslah berada dalam keadaan yang baik ( tiada kecacatan , tidak berkarat atau tidak mengalami wear and tare ) semasa ia digunakan;
  9. Semua perancah dan tupang-tupangnya hendaklah berupaya menupang beban yang mana ia direkabentuk untuk menampungnya dengan faktor keselamatan sekurang-kurangnya empat;
  10. Apabila struktur penyokong telah dibina , orang yang ditetapkan hendaklah membuat pemeriksaan menyeluruh dengan kerap untuk memastikan bahawa struktur tersebut selamat dan kukuh kestabilannya;
  11. HIRARC dan Safe Operating Prosedur perlu disediakan dan diberikan latihan kepada pekerja sebelum kerja-kerja penuanganan konkrit di lakukan;

Rujukan:-

  1. Akta Kilang dan Jentera ( Kendalian Bangunan Dan Kerja – Kerja Binaan Kejuruteraan (Keselamatan ) 1986
  2. Guidelines For Public Safety and Health at Construction Sites, JKKP Malaysia.

 

Cetak Emel