Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2015
  • Keruntuhan Lantai Bangunan Sedang Dalam Pembinaan Di Pulau Sebang Melaka
Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2015
  • Keruntuhan Lantai Bangunan Sedang Dalam Pembinaan Di Pulau Sebang Melaka

Keruntuhan Lantai Bangunan Sedang Dalam Pembinaan Di Pulau Sebang Melaka

pulau sebang
Rajah 1

Satu kejadian melibatkan struktur lantai di sebuah bangunan pasaraya yang masih di dalam pembinaan telah runtuh dan menimpa 9 orang pekerja yang sedang bekerja di bawah struktur lantai tersebut (Rajah 1). Kejadian ini menyebabkan 3 orang pekerja maut dan yang selebihnya cedera. Kawasan lantai bangunan yang terlibat ialah first floor,mezzanine floor dan chiller floor.Kejadian ini berlaku semasa kerja – kerja penanggalan perancah di bahagian mezzanine floor sedang dilakukan dan secara tiba-tiba chiller floor runtuh menghempap mezzanine floor.Pada ketika itu terdapat 9 orang pekerja yang sedang bekerja di bahagian mezzanine floor.
 
Merujuk kepada Peraturan – peraturan Kilang dan Jentera (Kendalian Bangunan Dan Kerja – Kerja Binaan Kejuruteraan (Keselamatan) 1986, langkah-langkah yang disyorkan semasa pembinaan struktur lantai adalah:
  1. Struktur lantai,rasuk dan tiang yang dibina hendaklah mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
  2. Penanggalan (stripping) struktur penyokong formwork yang menyokong lantai perlu mengikut prosedur yang betul dan penanggalan tidak boleh dimulakan sehingga konkrit telah kering sepenuhnya mengikut penentuan Jurutera Profesional dan telah diluluskan olehnya./li>
  3. HIRARC dan Safe Operating Prosedur perlu disediakan sebelum kerja-kerja penanggalan struktur penyokong formwork di lakukan.
  4. Bahan binaan yang digunakan untuk pembinaan lantai,tiang dan rasuk perlu mengikut spesifikasi rekabentuk yang ditetapkan.
  5. Acuan dan penyangga semula hendaklah diperakui sebagai binaan yang selamat oleh Jurutera Profesional dan hendaklah dirembat atau diikat sekali dengan sempurna supaya dapat mengekalkan kedudukan dan bentuknya
  6. Apabila acuan telah dibina orang yang ditetapkan hendaklah membuat pemeriksaan menyeluruh untuk memastikan bahawa acuan itu selamat.
  7. Penyanggaan semula hendaklah diperuntukkan apabila perlu untuk menupang lantai dan rasuk dengan selamatnya selepas penanggalan atau jika bahagian bahagian tersebut mengalami beban tindih disebabkan oleh pembinaan.
Rujukan:
  1. Akta Kilang dan Jentera ( Kendalian Bangunan Dan Kerja – Kerja Binaan Kejuruteraan (Keselamatan ) 1986
  2. Guidelines For Public Safety and Health at Construction Sites, JKKP Malaysia.

 

 

 

Cetak Emel