• Arkib Info KKP
  • 2015
  • Pilot Wire Putus Ketika Kerja Pemasangan Kabel
Slider

Pilot Wire Putus Ketika Kerja Pemasangan Kabel

bkf 042015
Rajah 1 : Bahagian atas menara pemancar dengan bahagian kiri cross arm yang mengalami kegagalan

Satu kemalangan maut berlaku ketika proses merangkai kabel konduktur antara dua menara pencawang. Ketika proses merangkai, sebuah enjin penarik yang terletak di jarak yang ditetapkan dari menara pencawang digunakan untuk menarik head board yang membawa dua unit kabel konduktur dan satu wayar sankarsi. Dua pekerja ditugaskan di bahagian cross arm menara pencawang untuk memasang pengepit konduktor pada dua kabel konduktor sebaik sahaja head board telah melepasi takal ketika ditarik oleh enjin penarik. Pada hari kejadian, proses merangkai dijalankan seperti biasa antara beberapa menara pencawang, ketika proses hampir ke penghujung fasa, tiba-tiba pilot wire yang digunakan untuk menarik head board telah putus dan menyebabkan head board menghentam bahagian cross arm. Kesan hentaman telah menyebabkan cross arm bengkok kehadapan dan menyebabkan pekerja hilang keseimbangan lalu terjatuh ke tanah.

Berikut adalah langkah-langkah keselamatan yang disyorkan:-

  1. Sistem pemeriksaan dan penyelenggaraan yang berkesan perlu dirangka dan dilaksanakan ke atas jentera kritikal dalam kerja pemasangan kabel seperti pilot wire, head board dan enjin penarik;
  2. Enjin penarik mestilah dilengkapi dengan penunjuk dan penghad beban yang membolehkan enjin berhenti dengan serta-merta apabila beban yang ditarik melebihi beban maksima yang dibenarkan;
  3. Head board yang digunakan ketika proses merangkai mesti dilabel dengan beban kerja selamat yang dibenarkan dan diuji berdasarkan paiawai antarabangsa yang diiktiraf;
  4. Halaju menarik kabel harus dipantau dan direkodkan ketika enjin penarik sedang beroperasi;
  5. Operator enjin penarik harus mempunyai pengetahuan teknikal yang mendalam dan berkemahiran bagi memastikan kapasiti menarik bersesuaian dengan jumlah beban yang ditarik oleh enjin;
  6. Ketika proses menarik atau merangkai, orang yang dilantik harus berada di setiap menara pencawang bagi memantau nilai lendutan kabel konduktor dengan menggunakan dinamometer bagi memastikan tegangan rangkaian tidak melebihi nilai tegangan lendutan ketika kerja merangkai dan juga untuk mengelakkan kapasiti menarik melebihi Tmax (conductor)- beban pemecah maksima konduktor;
  7. Memastikan Tmax yang dikira tidak melebihi 10% kekuatan terkadar konduktor seperti yang dinyatakan dalam IEEE 524 dan berhneti mengamalkan kaedah sankarsi yan menyebabkan tambahan beban dan menambah kapasiti tarikan enjin penarik;
  8. Latihan penggunaan walkie talkie harus dijalankan sekerap mungkin bagi memastikan ianya dalam keadaan yang baik dan amalan kaedah komunikasi yang betul dapat menyelaraskan koordinasi yang baik di antara pengepit konduktor dan operator enjin penarik;
  9. IEEE 524 atau mana mana paiawai antarabangsa berkaitan kerja pemasangan kabel perlu selalu dirujuk bagi memastikan semua amalan kerja mengikut prosedur yang betul; dan
  10. Penaksiran risiko harus dibincangkan dengan semua pihak yang terlibat dalam kerja pemasangan kabel dan setiap aktiviti kerja perlu dinilai dan diperinci sebelum sebarang kerja dijalankan.

Rujukan:-

  1. IEEE Std 524TM 2003, Guide to the Installation of Overhead Transmission Line Conductors published by The Institute of Electrical and Electronics Engineers, Inc
  2. Transpower Overhead Conductor Installation Guide, Recommended Practices First Edition, 2014 General Cable Technologies Corporation

 

 

Cetak Emel