Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2015
  • Kejadian Kebakaran Dan Letupan Talian Paip Gas Asli Di Sarawak
Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2015
  • Kejadian Kebakaran Dan Letupan Talian Paip Gas Asli Di Sarawak

Kejadian Kebakaran Dan Letupan Talian Paip Gas Asli Di Sarawak

Kejadian kebakaran dan letupan talian paip gas asli berdiameter 36” ini berlaku pada 10 Jun 2014, lebih kurang jam 1.30 pagi. Kebakaran tersebut dapat dikawal sepenuhnya pada lebih kurang jam 5.00 pagi setelah kesemua sumber bahan api gas asli di dalam talian paip tersebut habis terbakar. Kejadian tidak mengakibatkan sebarang kehilangan nyawa atau kecederaan kepada manusia (orang awam atau pekerja). Namun begitu akibat daripada impak letupan dan kebakaran tersebut, kawah berdiameter 10 meter dan sedalam 3 meter terbentuk, selain turut menyebabkan kawasan tanaman di sekitar radius 500 meter daripada pusat letupan rentung. Pada waktu itu, tiada sebarang aktiviti kerja dijalankan di tempat kejadian atau perbuatan khianat dikenalpasti.

bkf 082014
Radius kawasan api kebakaran dianggarkan sebesar 100-150 meter.

Kejadian ini disebabkan oleh pelepasan gas daripada talian paip yang keluar melalui sambungan kimpalan antara dua paip yang gagal disebabkan oleh keupayaan terikan sambungan tersebut yang rendah (low strain capacity), dandikenakan pembebanan luar (seperti beban pergerakan tanah dan gegaran oleh kenderaan berat yang berhampiran). Keretakan pada bahan sambungan kimpalan terhasil daripada kecacatan dan kelemahan pada bahan kimpalan sambungan ini.Keadaan ini berlaku disebabkan oleh jenis bahan gunahabis (elektrod) yang digunakan, kepakaran pengimpal dan teknik kimpalan yang digunakan. Kecacatan yang wujud ini pula tidak dapat dikenalpasti dan diterjemahkan dengan berkesan melalui ujian tanpa musnah (NDT) yang dijalankan ke atas sambungan kimpalan tersebut.

Hasil daripada penyiasatan yang dibuat ke atas kejadian ini, integriti hasil kimpalan perlu diberi penekanan utama khususnya bagi kerja-kerja kimpalan yang dibuat untuk sesuatu struktur talian paip gas yang dipasang bawah tanah. Untuk itu, perkara-perkara berikut perlu dititikberatkan:

  • Welding Procedure Specification (WPS) dan Procedure Qualification Record (PQR) perlu disediakan dengan tepat dan teliti supaya mengambilkira semua keperluan elemen di dalam kod rekabentuk kimpalan yang berkenaan.
  • Kerja-kerja kimpalan yang dijalankan perlu dikawalselia dengan berkesan dan lebih teliti bagi memastikan kepatuhan terhadap teknik kimpalan, prosedur kerja dan bahan yang digunakan seperti yang telah ditetapkan di dalam WPS dan PQR yang telah disediakan.
  • Tafsiran dan penilaian ke atas hasil ujian tanpa musnah yang dijalankan ke atas kimpalan perlu dibuat dengan tepat dan telus oleh orang yang betul-betul kompeten.
  • Sistem pengesan pelepasan gas daripada talian paip gas bawah tanah dan kaedah kawalan ke atas kejadian pelepasan tersebut perlu disediakan dan dipantau keberkesanan dan kebolehgunaannya dari semasa ke semasa.

 

Cetak Emel