Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2015
  • Kejadian Lif Overrun Up
Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2015
  • Kejadian Lif Overrun Up

Kejadian Lif Overrun Up

bkf 052014
Gambar: Lakaran komputer kejadian lif overrun up

Satu aduan kerosakan lif telah di terima pada lebih kurang waktu tengah malam dan seorang juruteknik yang telah dihantar untuk mengenalpasti jenis kerosakan yang berlaku mendapati bahawa lif penumpang tersebut telah mengalami overrun sehingga ke tingkat teratas manakala beban timbal lif (lift counterweight) telah menghentam buffer. Kejadian ini tidak menyebabkan apa-apa kecederaan atau kemalangan jiwa. Pada ketika kejadian kerosakan lif tersebut, papan kekunci inverter menunjukkan bacaan undercurrent (LU) and overcurrent (OC1) (lihat gambar di atas). Lif tersebut telah beroperasi selama 6 tahun serta mempunyai kapasiti 17 orang (1160 kg) dan berkelajuan kontrak 1.75 meter per saat (m/s).

Berdasarkan kepada kejadian ini, di cadangkan langkah-langkah keselamatan seperti berikut :-

  1. Kerja-kerja penggantian brek hendaklah dijalankan oleh individu yang benar-benar terlatih serta memastikan kerja-kerja tersebut dilakukan mengikut prosedur yang terkandung dalam manual penyelenggaraan;
  2. Penyeliaan yang menyeluruh hendaklah dijalankan ke atas semua individu yang terlibat dalam kerja-kerja penggantian brek untuk memastikan bahan-bahan brek serta senarai komponen adalah dipilih mengikut spesifikasi asal; spring mampatan dilaraskan mengikut nilai mampatan yang dibenarkan; dan ujian brek tork dijalankan sebaik selesai kerja-kerja penggantian brek;
  3. Semua rekod-rekod kerosakan lif hendaklah di analisis secara berkala untuk mengkaji frekuensi kerosakan dan serta merta mengeluarkan cadangan-cadangan penambahbaikan untuk tujuan perlaksanaan pantas untuk mengurangkan kadar frekuensi kerosakan lif;
  4. Mengadakan satu sistem yang lebih efektif untuk memantau dan merekod data ketebalan pelapik brek dan mengambil tindakan serta merta untuk menggantikan pelapik brek yang ketebalannya telah berkurangan sehingga menghampiri had ketebalan selamat yang dibenarkan;
  5. Menyediakan satu prosedur yang berkesan dan efektif untuk memantau keberkesanan peranti brake contactor seperti yang terkandung dalam manual pembuat termasuk pengadaan sistem pemeriksaan berkala serta diuji setiap kali menjalankan penyelenggaraan lif bulanan;
  6. Semasa sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan, pemeriksaan hendaklah dijalankan keatas semua buffer lif (lift buffer) serta beban timbal lif (lift counterweight buffer) untuk memastikan aras kandungan minyak sentiasa berada di tahap yang cukup selamat seperti yang terkandung dalam manual penyelenggaraan lif;
  7. Latihan tindakan kecemasan yang intensif berkenaan dengan kerosakan lif mestilah sentiasa diadakan untuk memastikan juruteknik lif sentiasa berada dalam keadaan bersedia dan mempunyai pengetahuan yang sepatutnya untuk mengelakkan berlakunya sebarang kesilapan. Contohnya dalam pengendalian dan merekod data logger, maklumat data logger adalah penting semasa menjalankan sebarang siasatan insiden berkaitan dengan lif dan perlu di serahkan sekiranya mendapat arahan untuk berbuat demikian dari agensi atau jabatan kerajaan yang berkenaan;

Rujukan :-

  1. Torin Geared Machine Service Manual
  2. Fuji Electric FA Components & Systems Co. Ltd. Individual Catalogue 01

Cetak Emel