Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2015
  • Kemalangan Melibatkan Kren Derik
Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2015
  • Kemalangan Melibatkan Kren Derik

Kemalangan Melibatkan Kren Derik


Gambarajah 1: Bucket berisi batu bata
Pada Mac 2009, satu kemalangan telah berlaku melibatkan sebuah kren derik di tapak pembinaan bangunan. Kemalangan ini menyebabkan dua orang pekerja maut serta merta di tempat kejadian akibat dihempap oleh bucket yang berisi batu bata. Kejadian kemalangan berlaku ketika kerja-kerja mengangkat sebuah bucket yang berisi batu bata dari aras tanah ke tingkat 34.
Ketika bucket sedang diangkat tiba-tiba talidawai mengangkat telah putus. Ini telah menyebabkan bucket yang berisi batu bata jatuh dan menghempap dua (2) orang pekerja yang ketika itu berada di kawasan mengangkat barang. Terdapat dua orang signalman ketika kejadian berlaku di mana seorang berada di ground floor manakala seorang lagi berada di tingkat 34. Kren derik yang dipasang di tingkat paling atas (tingkat 39) bangunan yang sedang dibina iaitu bertujuan untuk merombak kren menara.
Cadangan:
1.
Laluan keluar masuk ke kawasan pembinaan hendaklah dipastikan selamat dan ditanda dengan baik.

Gambarajah 2: Kren derik
2.
Talidawai mengangkat yang digunakan hendaklah dipastikan berkeadaan baik tanpa sebarang kecacatan setiap kali kren derik dipasang dan digunakan.
3.
Memastikan terdapat komunikasi yang berkesan antara signalman, pekerja di kawasan mengangkat dan operator kren.
4.
Mempraktikkan cara mengangkat yang selamat dengan melarang sesiapapun dari melalui di bawah beban ketika kerja mengangkat dijalankan.
5.
Memastikan kerja mengangkat diselia oleh Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan walaupun bekerja di hari cuti.
Rujukan
»
http://fas.org/sgp/crs/misc/RL34658.pdf
»
http://www.mardep.gov.hk/en/pub_services/ocean/pdf/miss_548cop5.pdf

Cetak Emel