Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2011
  • Kes kebakaran dan letupan melibatkan bahan gas petroleum cecair (GPC)
Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2011
  • Kes kebakaran dan letupan melibatkan bahan gas petroleum cecair (GPC)

Kes kebakaran dan letupan melibatkan bahan gas petroleum cecair (GPC)

Pada 28 September dan jam lebih kurang 3.45 pagi ada satu kes kejadian kebakaran dan letupan yang melibatkan bahan gas petroleum cecair (GPC) di sebuah kompleks membeli-belah di Subang Jaya. Kejadian ini berpunca daripada perlepasan bahan GPC dengan tidak sengaja daripada salah sebuah kedai makanan bertempat diaras LG kompleks ini. Percikan api diperhatikan semasa kejadian tersebut. Dua orang awam yang berada pada aras lantai (G) tercampak daripada tempat mereka berdiri dan mengalami kecederaan. Dua orang pengawal yang sedang bertugas di bilik kawalan pada aras tempat parkir di aras LG juga mengalami kecederaan daripada bahagian-bahagian siling bilik kawalan yang runtuh.

Kerosakan dikenalpasti ke atas lebih daripada enam puluh kedai di kompleks ini. Sebahagian kaca dan cermin untuk bangunan yang berdekatan dan menyeberangi jalanraya di dapati retak dan pecah.

Pemindahan tetamu hotel dalam kompleks tersebut juga dibuat untuk keselamatan diri mereka.

Langkah-langkah keselamatan

  1. Langkah-langkah keselamatan bertulis berkenaan penggunaan dan penghantaran bahan GPC hendaklah disediakan oleh pemilik kompleks untuk panduan oleh semua penduduk.
  2. Pekerja-pekerja hendaklah dilatih dan diberi maklumat dan panduan keselamatan berkenaan bahaya dan risiko semasa penggunaan dan penghantaran bahan GPC.
  3. Pelan tindakan kecemasan hendaklah disediakan untuk membolehkan semua pihak mengambil tindakan yang betul dan selamat apabila bunyi loceng kecemasan berdering semasa berlaku keadaan kecemasan.
  4. Alat pengesan perlepasan GPC yang disediakan hendaklah mematuhi kepada kehendak piawai pembuat dan diuji secara berkala.
  5. Pengurusan bangunan hendaklah dimaklumkan oleh pemilek kedai makanan berkenaan sebarang kerja-kerja pengubahsuian dan rombakan keatas kedudukan sistem GPC.
  6. Sistem GPC yang dipasang hendaklah mematuhi kepada kod atau standard piawaian yang diiktiraf.

Cetak Emel