Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2011
  • Insiden Melibatkan Lif Penumpang Terhempas
Breadcumb Caption
  • Arkib Info KKP
  • 2011
  • Insiden Melibatkan Lif Penumpang Terhempas

Insiden Melibatkan Lif Penumpang Terhempas

 

Satu insiden lif terhempas telah berlaku pada 25 September 2011di sebuah kompleks membeli belah di Selayang. Akibat daripada insiden tersebut, seorang penumpang yang juga ibu mengandung telah mengalami kecederaan patah kaki. Penyiasatan mendapati lif ini telah berhenti di Aras G dan pintu lif telah terbuka sedikit seketika dan kembali tertutup sebelum lif tiba-tiba bergerak laju dan terhempas di Aras LG. Kedudukan lif berada lebih kurang 300-500 mm dari aras lantai LG selepas terhempas. Menurut saksi, kira-kira seramai 12 orang penumpang terdiri daripada warga emas, orang dewasa dan kanak-kanak berada di dalam lif ketika insiden tersebut berlaku. Walaubagaimanapun, tiada sebarang kerosakan pada lif kar akibat dari insiden tersebut.

Cadangan-cadangan langkah keselamatan:

1. Syarikat penyenggara lif bertauliah yang dilantik oleh pemilik bangunan hendaklah memastikan dan menjamin lif sentiasa berada dalam keadaan selamat, baik dan sempurna.

2. Pemeriksaan,pembaikan dan penyenggaran ulangan hendaklah dijalankan dengan teliti ke atas komponen elektrical dan eletronik seperti relays, signalling switches yang terdapat dikotak kawalan(controller) dalam bilik jentera lif. Ini adalah penting bagi memastikan lif sentiasa beroperasi dengan selamat dan baik.

3. Sebarang ubahsuai pada lif kar haruslah dijalankan dengan mengikut prosedur yang betul dan selamat. Pihak yang berkaitan haruslah dimaklumkan agar pemeriksaan semula ke atas lif berkenaan dapat dijalankan.

4. Catatan pengubahsuaian atau pembaikan ke atas lif kar haruslah direkodkan oleh syarikat penyenggara lif yang telah dilantik oleh pemilik bangunan.Rekod ini hendaklah disimpan dengan baik dan dikemukakan kepada pegawai jabatan untuk diteliti dan diperiksa apabila diminta.

5. Peranti keselamatan seperti governor, overload sensor switches harus dipasang serta dilaras mengikut spesifikasi pembuat dan boleh berfungsi dengan baik.

6. Semua pintu lataran lif hendaklah dipasang dengan mekansime pengunci standard yang hanya boleh dibuka oleh juruteknik lif dengan menggunakan kunci yang disediakan oleh pembuat lif.

7. Lif kar dan bebantimbal hendaklah dilaraskan supaya mengikut dan mematuhi kepada standard piawai rekabentuk untuk jentera lif.

8. Usaha untuk menyelamat penumpang-penumpang yang terperangkap dalam lif kar hendaklah dijalankan oleh pekerja yang terlatih dan berpengalaman.

Cetak Emel