doshheaderbm

  • Arkib Info KKP
  • 2011
  • Kemalangan Maut Yang Melibatkan Kren Berantai
Slider

Kemalangan Maut Yang Melibatkan Kren Berantai

Satu kemalangan maut telah berlaku pada 13 Ogos 2011 melibatkan sebuah kren berantai di sebuah tapak bina di Shah Alam. Kemalangan tersebut telah menyebabkan seorang pekerja tapak pembinaan maut akibat terkena hentakan bum kren yang jatuh. Ketika kejadian, kerja-kerja mengikat spun pile untuk dialihkan keluar dari kawasan liang lif sedang dijalankan. Ketika kren itu sedang mengangkat beban seberat 2 tan pada ketinggian lebih kurang 2 meter, bum kren tiba-tiba jatuh dan menghempap mangsa yang berada di atas tebing berhampiran liang lif. Luffing wirerope didapati telah putus pada bahagian pulley atau bridle.


Gambarfoto 1 : Kren berantai yang terlibat dan luffing wirerope yang telah putus

Langkah Keselamatan:

  1. Satu sistem kerja selamat bagi operasi mengangkat perlu disediakan dan disenggarakan. Antara lain, risiko tergelincir atau anjakan mana-mana beban harus ditangani dengan betul;
  2. Pemasangan kren haruslah dijalankan dengan betul dan terperinci sebelum kren memulakan kerja;
  3. Kerja- kerja mengangkat harus dirancang dan dijalankan dengan sistematik agar beban yang diangkat tidak melintasi kawasan kerja pekerja pembinaan;
  4. Sebarang maklumat, arahan dan latihan yang diperlukan serta penyeliaan bagi keselamatan di tempat kerja hendaklah disediakan;
  5. Pihak penyenggara haruslah menjalankan pemeriksaan berkala secara terperinci keatas setiap komponen kren yang penting. Tiada gear, rantai atau talidawai boleh digunakan untuk mengangkat melainkan jika ia dalam keadaan baik, teguh dan mempunyai kekuatan yang mencukupi dan bebas daripada kecacatan paten.
  6. Pemeriksaan harian keatas bahagian-bahagian kren -struktur utama, komponen yang dipacu dan peranti kawal keselamatan hendaklah dijalankan oleh kren operator yang bertauliah sebelum ianya dikendalikan.

Cetak Emel