doshheaderbm

  • Arkib Info KKP
  • 2011
  • Kes kejatuhan daripada deck guard untuk eskalator
Slider

Kes kejatuhan daripada deck guard untuk eskalator

Gambarajah 1.0 : Contoh eskalator yang terdapat dalam bangunan

 

Seorang kanak muda terjatuh daripada aras dua deck opening untuk eskalator. Kejadian in berlaku pada 7 Julai 2011 dalam salah satu bangunan kerajaan di Putrajaya. Eskalator berkenaan beroperasi diantara aras dua dan satu. Sebelum kejadian ini kanak sedang bermain berhampiran dengan deck guard dan escalator’s handrail yang beroperasi.

Ibu bapa membawa tiga orang anak mereka bersama-sama semasa mengemukakan permohonan mereka kepada pegawai kerajaan.

Si mangsa terjatuh apabila beliau tersepit diantara deck guard dengan handrail escalator yang bergerak. Ukuran deck guard dengan balustrade adalah diantara 236 dan 250mm.

Satu daripada selipar mangsa yang dipakai dijumpai pada atas building beam di antara aras dua dan satu. Si mangsa terjatuh daripada aras dua ke aras bawah.Dia meninggal di hospital.

Cadangan langkah-langkah keselamatan:

  1. Pastikan jikalau terdapat lubang legar diantara deck guard dengan balustrade untuk eskalator, ianya tidak menimbulkan sebarang bahaya kepada seseorang dengan menyebabkan seseorang terperangkap dan ditarik kebawah oleh daya pergerakan handrail eskalator.
  2. Papan tanda larangan bermain berdekatan dengan eskalator dipaparkan dengan jelas.
  3. Kanak-kanak tidak boleh ditinggalkan berdekatan dengan eskalator oleh ibubapa mereka.

Cetak Emel